
Perkongsian di Instagram milik pelakon, Datuk Aaron Aziz menuai perhatian apabila dia meluahkan keperitan yang ditanggungnya dan menyifatkan perjalanan tahun 2025 tidak begitu indah.
Artikel Berkaitan: [VIDEO] ‘Kalau Nak Tolong Tak Payah Rakam, Orang Susah Pun Ada Maruah’ – Aaron Aziz
‘Penuh kecewa’

Aaron atau nama sebenarnya Aaron Mustapha Aziz, 49, berkata, pelbagai dugaan yang dilalui membuatkan dirinya terpaksa tersenyum di hadapan umum meskipun hakikatnya berada dalam keadaan tidak baik.
Tahun ini penuh dengan dugaan dan kekecewaan. Rasa sangat penat, nak senyum pun kena paksa.
Dalam pada itu, di ruang kapsyen, pelakon filem Ombak Rindu menegaskan dia enggan menjawab sebarang pertanyaan berhubung luahan tersebut.
Sebaliknya, Aaron berdoa Allah akan memberikan balasan setimpal kepada mereka yang menganiaya dirinya.
Korang jangan tanya dalam komen, saya tidak akan jawab. Saya doakan orang yang aniaya saya supaya Allah tarik semua harta kalian.
Sumber: Instagram



![[VIDEO] Pekerja Coffee Bean Fasih Bertutur Bahasa Korea Curi Perhatian Warganet](https://media.says.com/2026/09/yu9GYzFz-download.png)




![[VIDEO] Khairul Aming Menangis Kenang Arwah Bapa – ‘Dulu Nak Beli Ubat Tak Ada Duit, RM50 Pun Saya Tak Mampu Nak Bagi’](https://asset.ohbulan.com/2026/09/khairul-aming-.jpg)