![[VIDEO] ‘Kalau Nak Tolong Tak Payah Rakam, Orang Susah Pun Ada Maruah’ – Aaron Aziz](https://asset.ohbulan.com/2025/09/PgiXkJvb-aaron-aziz.jpg)
Pelakon Datuk Aaron Aziz meluahkan perasaan kurang senang terhadap segelintir individu yang bertindak merakam video ketika menghulurkan bantuan.
Artikel Berkaitan: [VIDEO] ‘Kita Tak Boleh Paksa Orang Bersuara Hanya Sebab Diminta’ – Aaron Aziz
Artikel Berkaitan: Aaron Aziz Pernah Bantu Mangsa Buli – ‘Ada Yang Tidur Dengan Pisau, Ibu Bapa Dia Hubungi Minta Bantuan Saya’
Kurang senang
Menerusi hantaran yang dibuat naik di TikTok, pemilik nama Aaron Mustapha Aziz, 49, itu berpendapat bahawa tindakan tersebut perlu dielakkan demi menghormati para penerima sedekah.
Kalau nak tolong orang, tak payah nak rekod.
Orang miskin, orang susah pun ada maruah.
Menurut Aaron, dia menyuarakan pandangan tersebut selepas melihat kejadian itu ketika mengerjakan umrah di Tanah Haram.
Masa umrah, ramai yang buat sabil (memberi sedekah) tapi tunjuk muka orang-orang yang ambil makanan.
Kalau nak sabil biar Allah sahaja yang tahu.
Konten sedekah

Menjengah ke ruangan komen, pelbagai reaksi diberikan oleh warganet iaitu ada yang bersetuju dengan kenyataan Aaron dan ada juga yang tidak.
Bagaimanapun pelakon filem Sheriff: Narko Integriti itu tidak menolak manfaat dan impak positif daripada konten-konten sedekah namun tetap menegaskan supaya wajah penerima tidak dipaparkan.
Boleh, tapi jangan tunjuk muka orang yang menerima.
Sumber: TikTok Aaron Aziz








