Sekadar gambar hiasan
Sesal dulu pendapatan, sesal kemudian tiada berguna. Itulah peribahasa paling sesuai menggambarkan situasi yang dilalui wanita ini apabila akhirnya menyesal atas perbuatannya menggugurkan kandungan.
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Menitis Air Mata Sajat Video Call Anak-Anak – ‘Abang Sayang Umi, Adik Tak Nak Umi Nangis’
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Suami Pedofilia, Isteri Terpaksa Gugur Kandungan – ‘Saya Takut Anak Itu Akan Lalui Sama Macam Kakak Dia’
‘Tahun lepas saya gugurkan kandungan luar nikah’
Sekadar gambar hiasan
Menerusi perkongsian di aplikasi X, wanita yang tidak mendedahkan identiti itu akui terpaksa menanggung perasaan bersalah seumur hidup atas tindakan tidak berperikemanusiaannya itu.
Tahun lepas saya gugurkan kandungan luar nikah sebab tak boleh sangat simpan. Sampai haru ini rasa rindu dengan orang yang tak pernah saya jumpa, sedih.
Tambah wanita itu lagi, meskipun dia tidak pernah berjumpa dengan bayi dalam kandungannya namun perasaan rindu itu tetap wujud sehinggakan dia sering terbayang akan kehadiran si kecil itu dalam hidupnya.
Awal tahun hari tu, Tuhan siap balas sikit karma sebab saya kena jaga saudara dekat wad sebab infection. Hospital kerajaan letak dekat wad bersalin sebab fibroid di bawah pengawasan sakit puan. Hari-hari dengar suara bayi menangis, haru-hari tengok bayi baru comel-comel.
Kalau bayi saya lahir, sekarang dia dah berusia dua bulan. Mesti tengah nangis, minta susu. Lepas tu tidur nyenyak tengah malam, kejap lagi kejutkan saya minta makan lagi.
Dihimpit rasa berdosa, wanita ini akui dirinya tidak pernah putus meminta keampunan daripada Allah SWT. Malah terpaksa memendam rasa sendirian kerana tidak ada tempat untuk mengadu.
Dari hari Arafah saya solat menangis minta Tuhan ampunkan dosa besar ini. Tak ada siapa tahu pasal benda ini kecuali teman lelaki saya.
Simpan rahsia ni senang tapi simpan rasa sesak dekat dada dan rasa menyesal tapi tak boleh nak luah dekat sesiapa.
Pantang sendiri, hari keempat lepas gugur, terus masuk pejabat buat kerja macam biasa sebab tak nak orang perasan. Saya cuma nak ketengan hati je sekarang. Ibu minta maaf ya nak, ibu salah.
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warga maya menitipkan kata-kata nasihat buat wanita tersebut agar terus kuat dalam mengharungi kehidupan mendatang. Mereka juga menasihati kepada semua wanita di luar sana agar menjaga maruah diri dan jangan sesekali terjebak dengan maksiat.
Sumber: Aplikasi X (Pelisahh)