berita

‘Tak Ada Otak!’ – Respon Raf Yaakob Bila Mawar Dikecam Post Gambar Bersama Anak Tiri

May 21st, 2018 | by Arini Saleh
Kini Trending

Video yang dimuatnaik pelakon, Mawar Rashid di Instagram semalam telah mengundang kritikan daripada seorang individu yang tidak berpuas hati. Individu tersebut mempersoalkan mengenai gelaran ‘my lil raden’ yang digunakan Mawar sedangkan dia hanya seorang ibu tiri.

Katanya lagi, dua orang anak tirinya itu mempunyai ibu kandung dan Mawar tiada hak ke atas mereka. Ini respon Raf Yaakob dan Mawar.

Video dengan kapsyen ‘My Lil Raden’ dikecam

My Lil Raden, you’re the sweetest! Just like your papa ? @radenahmadrayyan

A post shared by MAWAR RASHID (@mawarashid) on

Menurut individu ini, jika Mawar sebagai ibu tiri berniat ikhlas dia tidak memuat naik posting di Instagram. Tambahan pula, ibu kandung Rayyan masih ada, dia sepatutnya menghormati dan tidak memanggil Rayyan ‘my’ lil Raden.

Respon Raf Yaakob

Mawar luah isi hati

Throwback picture, Raya last year

Maaf ya semua. Mawar tak pernah Post reply macam ni, Tapi kali ni Mawar kena explain luahan hati Mawar agar tidak menimbul salah faham netizen. @arizul11 First of all, apabila saya sebut my Little Raden, itu kerana saya jujur & ikhlas menyayangi dia. Pabila dalam waktu yang sesuai, jika saya menyayangi sesuatu atau seseorang, saya akan post & luahkan perasaan cinta saya terhadap apa sekalipun. Terutamanya anak2 tiri saya ini, yang mana anak2 ini saya telah anggap seperti anak kandung saya sendiri. Jika Allah beri saya rezeki cahaya mata satu hari nanti, tiada perbezaan diantara anak kandung saya & anak2 tiri saya. Saya akan terapkan sifat kasih sayang yang sama rata & adil, supaya mereka membesar dalam ketenangan dan penuh kebahagian.

Jika gambar itu sesuai & cantik untuk saya post di ruangan kenangan saya di social media, saya akan post demi mengingati kenangan terindah itu. Seperti mana saya post tentang suami saya, tentang ibu dan ibu mertua saya, keluarga saya dan keluarga Raf juga. Tiada niat yang lain selain itu. Kerana cara saya, saya akan menyimpan kenangan yang membahagiakan saya.

Saya tahu Ibu kandung kepada anak2 tiri saya ini seorang yang penyayang juga, seorang single mother yang cekal dan anak2 ini lah dunia akhiratnya, sudah semestinya dia bersyukur bila saya ikhlas menyayangi anak2 ini seperti anak saya sendiri. Dan pabila saya bercakap tentang perasaan saya menyayangi anak2 saya ini, tiada istilah kata yang saya tidak menghormati Ibu kandungnya. Saya amat menghormati ibu kandung anak2 saya ini. Mummy saya juga seorang single mother dari saya berumur 5 tahun, saya memahami perasaan seorang single mother. Dan saya tahu betapa payahnya membesarkan anak2 sebagai single mother. Mummy saya menjaga kami 7 orang adik beradik, tanpa bantuan sesiapa. Susah payah and pahit getir mummy saya membesarkan kami dengan penuh kasih sayang & kesabaran.

Sambungan di gambar terakhir saya. Salam Ramadhan semua

Sumber : Instagram Mawar Rashid

The following two tabs change content below.

SKIP THIS AD ×