
Pempengaruh media sosial Farah Fakhira merakamkan penghargaan buat arwah suami, Zaidul Ariff yang telah membuktikan erti cinta sejati sepanjang perkahwinan mereka.
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Pempengaruh Kongsi Momen Terakhir Bersama Suami, Sempat Teman Buat Imbasan Kehamilan Sebelum Dijemput Ilahi
Warkah buat arwah suami

Menerusi warkah yang dikongsikan di Instagram Story, Farah berterima kasih kepada Allahyarham suaminya itu kerana menjadi seorang lelaki yang sentiasa menyayangi dan mengutamakan isteri.
Cinta yang ikhlas ini akan aku ingat sehingga akhir hayat, terima kasih kerana buktikan masih ada lelaki yang sangat menyayangi isteri dan mengutamakan isteri. Tak ada sedikit luka pun yang terhiris ketika kita hidup bersama.
Lebih menyentuh hati, Farah turut berkongsi perbualan terakhir mereka di mana tentang ajal dan maut.
Menurut Farah, dia sentiasa berdoa agar dirinya yang merasai kesakitan sebuah kehilangan, kerana bimbang suaminya tidak mampu menanggung bebanan tersebut.
Sebelum awak pergi, kita pernah berborak cakap antara kita siapa dulu yg Allah akan amik.
Tapi jauh sudut hati, aku selalu doa biar aku sorang je yang rasa sakit kepergian tu bagaimana. Sebab aku tahu tak akan tertanggung bebanan tu. Dan jangan sesekali bagi dia rasa sakit kehilangan tu seperti apa, kerana dia tidak pernah lalui kehilangan lagi. tu
Terima kasih

Dalam hantaran sama, Farah turut berharap agar diberi kekuatan untuk meneruskan kehidupan demi membesarkan anak yang masih dalam kandungan.
Doakan saya boleh lalui kehidupan tanpa awak dan diizinkan membesarkan anak dengan baik. Terima kasih sekali lagi sudi hidup bersama saya, sudi sayang saya. Sudi terima saya seadanya.
Maaf jika saya banyak membebankan hidup awak selama ini. Terima kasih sekali lagi wahai suami.
Pada Jumaat, Farah berkongsi berita duka mengenai pemergian suami tercinta.
Zaidul yang tidak sedarkan diri ketika bermain sukan badminton telah dikejarkan ke hospital sebelum disahkan meninggal dunia.
Lebih meruntun hati, Zaidul sempat menenami isterinya itu ke klinik bagi melakukan pemeriksaan kandungan sebelum dia dijemput Ilahi.
Sumber: Instagram Farah Fakhira








