![[VIDEO] Pempengaruh Kongsi Momen Terakhir Bersama Suami, Sempat Teman Buat Imbasan Kehamilan Sebelum Dijemput Ilahi](https://asset.ohbulan.com/2025/10/zaidul-suami-farah-fakhira-2.jpg)
Pempengaruh media sosial, Farah Fakhira berkongsi berita sedih pemergian suami tercinta, Zaidul Ariff, yang dikhabarkan meninggal dunia secara mengejut.
‘Sampai hospital dapat tahu dia dah tak ada’
Berita duka itu dikongsi Farah menerusi hantaran di Instagram. Menerusi perkongsian tersebut, Farah memaklumkan suaminya itu pengsan ketika bermain badminton sebelum dikejarkan ke hospital.
Pukul 12 dapat call cakap Zaidul pengsan dan dikejarkan ke hospital. Sampai hospital dapat tahu dia dah tak ada.
Apa yang lebih menyayat hati, pemergian itu berlaku pada hari yang sama Farah membuat imbasan kehamilan.
1:06 harini scan baby, ya Allah baby dah besar semua bentuk badan dia jelas dah dan tadi doctor scan muka dia.
Farah turut meluahkan rasa terkilan dan sedih kerana suaminya tidak sempat untuk hidup bertiga bersama anak yang dikandung.
Rasa sekejap sangat hidup dengan awak, kenapa tinggalkan saya dengan anak padahal sikit je lagi nak hidup bertiga
Ya Allah, Engkau izinkan aku ada zuriat bersamanya setelah sekian lama, tapi Engkau tidak izinkan aku dan anak hidup bersamanya.
‘Dia suami yang baik dan bertanggungjawab’

Dalam pada itu, Farah turut berkongsi gambar terakhir suaminya sebelum keluar bermain badminton pada pukul 10 malam, tidak lama sebelum insiden yang meragut nyawanya.
Ya Allah ampuhkanlah suamiku, sesungguhnya dia seorang suami yang sangat baik dan bertanggungjawab.
Rasa sekelip mata gelap terus dunia bila situasi ni datang semula. Minta sangat doakan arwah dan minta juga doakan Fara sihat dengan baby dan kuat jalani kehidupan lepas ni.
Hantaran tersebut dibanjiri dengan ucapan takziah daripada warganet yang mendoakan agar Farah diberi kekuatan untuk menempuh ujian mendatang.
Rata-rata pengikut dan rakan-rakan pasangan ini meluahkan rasa terkejut setelah mengetahui khabar duka pemergian Zaidul.
Sumber: Instagram Farah Fakhira








