Umum mengetahui, pelakon, Fasha Sandha dimasukkan ke hospital kerana mengalami kecederaan akibat terjatuh ketika berlakon di set penggambaran sebuah drama, semalam.
Artikel berkaitan: Tulang Mata Kiri Patah, Bebola Mata Bengkak & Berdarah, Fasha Sandha Jatuh Di Set Penggambaran
Berikutan daripada itu, pelakon, Azhan Rani tampil membuka mulut mengenai apa yang berlaku terhadap heroin gandingannya dalam telemovie tersebut.
Perkara dah terjadi
Seperti dijangka phone aku pun banjir dengan sahabat sparing partner untuk telemovie #anaktuan yang semalam mengalami kemalangan waktu penggambaran. Tak banyak yang boleh aku nak katakan perkara dah terjadi. Tak ada siapa yang mahukan kemalangan macam ni terjadi.
Seperti kata tuan punya diri dan pihak produksi masing-masing telah sedaya upaya mengelakkan sebarang kecederaan. Rehearsal sudah dilakukan. Aksi yang diarahkan dibuat separuh tenaga untuk kamera. Segalanya hanya teknik sahaja tapi kalau dah tertulis itulah suratan siapa yang tak luluh dan patah hati menghadap keadaan ini.
Menurut Azhan, tiada sesiapa pun daripada mereka mahu kemalangan tersebut berlaku. Sebagai pelakon, Azhan berkata mereka telah melakukan rehearsal sebelum melakukan aksi tersebut. Namun, tidak menyangka insiden seperti itu telah berlaku. Azhan turut memohon doa dan berharap Fasha menerima rawatan yang terbaik di hospital.
Kami masing-masing dah lama nak kerja bersama. Dia sangat komited dan aku tahu dia sayang gila dengan watak #ana dalam cerita ni. Dia jatuh terkena bucu katil dia yang minta maaf sebab takut lambatkan shooting.
Ujar Azhan lagi, Fasha memintanya untuk kekal di lokasi penggambaran dan jangan pulang ke Kuala Lumpur. Ini kerana, dia mahu meneruskan penggambaran hari ini.
Mujur produksi dah stopkan dulu babak dia sampai nanti betul-betul sihat barulah kita fikir balik pasal kerja ni.
Azhan turut memberitahu dia sempat berhubung dengan Fasha menerusi Whatsapp.
Harap beri ruang untuk dia dulu. Ikut kata dia doktor pun nasihat dia jangan expose dengan cahaya. Jadi berilah dia ruang rehat secukupnya. Nanti asyik kena tengok telefon mata dia tak dapat nak rehat pula. InsyaAllah nanti dia sembuh banyak lagi boleh tanya dengan dia.
Sumber: Azhan Rani