berita

Tak Alami Kesan Sampingan, Azizulhasni Rasa Lebih Selamat Selepas Ambil Booster – ‘Harap Dapat Lindungi Masyarakat’

January 22nd, 2022 | by Amirul Asraf
Kini Trending

Jaguh berbasikal negara, Datuk Azizulhasni Awang berkongsi pengalaman mengambil ‘booster’ Covid-19 semalam, bersama isteri tercinta. Bukan itu sahaja, beliau turut membawa anak-anaknya mengambil vaksin dos pertama jenis Pfizer.

Rasa normal dan sihat

Salam Jumaat. Alhamdulillah syukur, saya dan isteri yang sedang sarat mengandung lapan bulan sudah selesai mendapatkan suntikkan vaksin booster dan anak-anak kami juga sudah mengambil dos pertama Vaksin Paediatric Pfizer mereka. Terima kasih kepada family GP kami di Melbourne iaitu Dr Ati @drati1 kerana membantu memudahkan segala urusan.

Menurut Azizul, setelah selesai mengambil vaksin, isterinya berasa lapar dan mahu makan di sebuah pasar raya di sekitar rumah mereka. Selepas selesai makan tengah hari, mereka sekeluarga pergi mencari barang keperluan bayi yang bakal dilahirkan tidak lama lagi. Tambah Azizul, anak-anaknya turut mencari barang persekolahan memandangkan musim ke sekolah akan bermula tidak lama lagi di Australia.

Isteri teringin hendak makan di sebuah  shopping mall puncak tinggi yang berdekatan dengan rumah kami. Saya cakap okay kite pergi lunch je lepas tu balik sebab kita perlu rest lepas booster ni, dengar cerita dari kawan-kawan effect dia kuat skit. Selepas selesai lunch, isteri ajak cari barang baby kejap sebab dah alang-alang kat situ kan, saya layankan je. Then anak-anak pun nak cari barang persekolahan mereka yang akan bermula tak lama lagi. Tahu-tahu saya dah berjalan pusing-pusing kat dalam shopping mall tu dekat dua jam.

Sepanjang bersiar-siar, Azizul mendapati mereka sekeluarga tidak menghadapi sebarang kesan sampingan selepas mengambil suntikan booster dan vaksin. Badannya berasa normal dan sihat seperti biasa.

Dapat lindungi semua

Saya harap dengan mengambil suntikan vaksin untuk kami sekeluarga ini akan melindungi bukan sahaja kami sekeluarga dari virus Covid19, malah termasuk juga rakan-rakan, masyarakat setempat dan juga orang ramai dari perkara yang tidak diingini. Sudah tentu semuanya adalah dengan izin Allah swt dan ini adalah ikhtiar kami di atas bumi ini insyaallah. Salam Jumaat buat semua dan semoga Alla swt melindungi kita semua dari segala jenis musibah.

Di akhir perkongsian, Azizul berharap suntikan vaksin tersebut dapat melindungi diri mereka sekeluarga dan semua pihak. Tambahnya, semua yang berlaku adalah dengan izin Allah dan mereka telah berikhtiar.

Sumber: Azizulhasni Awang

SKIP THIS AD ×