Nama pelakon Sophia AlBarakbah menjadi lagi panas selepas aktres Bella Astillah mendedahkan sebahagian perbualan WhatsApp. Antara intipati adalah Sophia memohon maaf dan ingin memperbetulkan keadaan berkaitan dia tersuka Aliff Aziz.
Artikel Berkaitan: ‘Saya Sedang Buat Satu Drama, Sophia AlBarakbah Sahaja Heroin’ – Aliff Aziz
Artikel Berkaitan: ‘Please Don’t Tell My Parent’ – Bella Astillah Dedah Perbualan Whatsapp Dengan Sophia AlBarakbah
Mami berani
Susulan itu, pelakon Azhar Sulaiman tampil membuat hantaran mengenai Sophia. Kata Azhar, dia akan tetap menerima tawaran berlakon bersama aktres berumur 30 tahun itu meskipun pelakon lelaki lain yang sudah berkahwin menolak.
Pelakon berumur 51 tahun itu juga menyatakan isterinya, Chempaka Emalin Pahamin meletakkan kepercayaan kepada Sophia.
Kalau pelakon lelaki yang sudah berkahwin keberatan untuk berlakon dengan Sophia Albarakbah selepas ini, tak apa..
Mami tak keberatan langsung dan berani sebab isteri saya, Chempaka percaya dengan Sophia.
Dan banyak tawaran (berlakon) untuk saya. Hahahaha.
Berpada komen
Di ruangan komen, ayah kepada Kasih Iris Leona memohon agar netizen berhenti menggelar Sophia sebagai pelacur. Katanya, perempuan berwajah cantik memang akan selalu difitnah.
Kita tak tahu perkara yang sebenarnya. Perempuan cantik memang selalu kena fitnah macam dalam drama-drama juga.
Tak baik label Sophia seperti pelacur. Fitnah besar itu. Peluang kita tak akan tahu hal sebenarnya. Jadi, lebih baik jangan berlebihan dalam mengulas.
Dalam pada itu, Azhar berkata rata-rata kawan lelakinya mula menghubunginya untuk kirim salam selain menginginkan nombor telefon pelakon yang berdarah kacukan Melayu, Cina dan Arab.
Mami terpaksa buat posting ini sebab ramai sangat kawan-kawan yang kirim salam, nak nombor Sophia la. Letih menjawab. Sejak tengah panas, baik Mami sailang semua kawan lelaki.
Terdahulu, Bella mendedahkan seorang pelakon wanita berkali-kali membuat panggilan telefon dan menghantar pesanan kepada suaminya sehingga menganggu keharmonian rumah tangganya.
Bella bagaimanapun tidak mendedahkan identiti pelakon tersebut namun warganet mula menyerang akaun Instagram (IG) Sophia sehingga memaksa aktres itu menghadkan ruangan komen di media sosialnya.
Sumber: Instagram