Siapakah identiti pelakon wanita yang menganggu rumah tangga pasangan selebriti Aliff Aziz dan Bella Astillah akhirnya terjawab.
Artikel berkaitan : ‘Dia Kata Tersuka Suami Saya’ – Bella Astillah Dedah Heroin Drama Jatuh Cinta Dengan Aliff Aziz, Kantoi Missed Call Banyak Kali!
Artikel berkaitan : Nabila Huda Geram Ingin Ganyang Heroin Drama Yang ‘Tersuka’ Aliff Aziz – Nak Jadi Pelakon Ke Pelacur Kat Set?’
Artikel berkaitan : Sharnaaz Ahmad Marah Dengan Pelakon ‘Merenyam’, Gesa ‘Banned’ Dari Muncul Di Televisyen
Tak nafi kenyataan Bella
Menurut Aliff, 31, berkata dia hanya menjalani satu penggambaran drama sahaja, Ku Akad Kau Dengan Bismillah.
Saya rasa tanpa menyebut nama, saya sedang buat satu drama sahaja. Jadi itu sahajalah heroin saya. Rasanya orang pun sudah sedia maklum, isteri saya pun tak sebut nama. Jadi lebih baik biarkan perkara itu begitu sahaja.
Saya faham keadaan Bella yang sedang rapuh tetapi kami terbuka untuk berbincang dan menyelesaikan perkara ini dengan lebih matang. Kami duduk dan secara rasional, berkomunikasi tentang isu ini.
Saya pun tidak akan menafikan apa yang isteri saya sudah dedahkan. Saya kenal Bella, dia tidak akan keluarkan apa-apa kenyataan tanpa usul periksa. Dia tak akan melenting kalau tidak betul.
Aliff berkata demikian ketika ditemui sesi sidang media drama, Ku Akad Kau Dengan Bismillah, yang diadakan di Park 88, Damansara, pada Selasa.
Drama ini akan ditayang di slot Akasia TV3, mulai 6 Februari ini.
Teguran dari Allah
Dalam pada itu, pemilik nama Mohammad Aliff Aziz juga mengakui isu hangat itu boleh timbul gara-gara leka tidak menjaga batas pergaulan.
Tiada siapa jangka kontroversi akan meledak. Saya anggap ini satu teguran daripada Allah apabila menjalani penggambaran supaya tidak lalai menjaga iktilat.
Pada awal penggambaran, kami tidak ada sesi bacaan skrip jadi kami seolah terbawa-bawa perasaan ketika berlakon bersama.
Terdahulu, Bella mendedahkan seorang pelakon wanita berkali-kali membuat panggilan telefon dan menghantar pesanan kepada suaminya sehingga menganggu keharmonian rumah tangganya.
Bella bagaimanapun tidak mendedahkan identiti pelakon tersebut namun warganet mula menyerang akaun Instagram (IG) Sophia sehingga memaksa aktres menghadkan ruangan komen di media sosialnya.