berita

‘Tak Baik Tau Mengumpat Belakang’- Ini Penjelasan Runner Charge Harga Tinggi

February 8th, 2018 | by Amat
Kini Trending

Zaman sekarang ini semakin ramai orang buat business delivery barang, contohnya seperti servis perkhidmatan Grab dan Uber. Tetapi bezanya Grab dan Uber ini ada sistem harga yang telah ditetapkan dalam telefon dan syarikat. Macam mana pula dengan sistem harga runner ini?

Ramai yang tidak tahu pekerjaan mat runner ini ambil upah penghantaran tidak lah banyak. Kalau dah memang rumah customer itu jauh masuk ke pendalaman memang berbaloi untuk di charge harga yang berpatutan. Tapi kisah lelaki ini pula terbaca Whatsapp status salah seorang customer yang tidak berpuas hati dengan charge dikenakan.

 Runner nak naik haji

Setelah ditanya anggaran bajet penghantaran, pelanggan ini telah menulis status di Whatsapp dan mengatakan si runner mengenakan charge penghantaran sebanyak RM 17 dari Seri Kembangan ke Punchong. Jaraknya kira-kira 21 km.

Jika runner ikutkan 1 Km di charge RM 1, kira-kira dia dah boleh dapat RM 21 untuk penghantaran dari Seri Kembangan ke Puchong. Apa pendapat anda mengenai situasi ini?

‘Rasa-rasa mahal. Hantar sendiri la kak.’

Memang logik kalau si runner di luar kawasan dan jauh perjalanan penghantaran untuk dikenakan charge yang agak tinggi. Kadang-kadang dalam perjalanan untuk menghantar sesuatu barang, pelbagai cabaran yang runner kena tempuhi. Dengan kesesakan jalan raya, cuasa panas, hujan, masa dan keselamatan si penunggang motorsikal ini juga harus diambil kira.

Ikut harga grab lah ye

Seorang pengguna Facebook telah beri cadangan yang boleh dikatakan masuk akal. Lebih mudah jika menggunakan konsep berdasarkan harga Grab. Agak berbaloi dan berpatutan. Lepas ini boleh lah abang-abang runner charge harga penghantaran ikut aplikasi Grab dan Uber untuk memuaskan hati pelanggan.

Credit : Facebook Faris Zikri

Save

Save

SKIP THIS AD ×