berita

Tau La Naik Kereta Mewah Tapi…- Kisah Mat Runner Kena Ludah Di Traffic Light. Biadapnya!

February 9th, 2018 | by Amat
Kini Trending

Ramai student mengambil upah bekerja semasa musim cuti semester sebagai part time di pusat beli belah atau kedai makan. Hal ini bagi menampung kos perbelanjaan sepanjang study dan membayar yuran setiap semester. Memandangkan ramai pelajar universiti berasal dari latar belakang keluarga yang kurang mampu. Maka, pelajar ini terpaksa bekerja sambil belajar bagi meringankan beban keluarga mereka.

Pekerjaan part time sebagai runner penghantaran semakin ramai dalam kalangan mahasiswa. Sehingga mereka sanggup dipandang serong oleh segelintir masyarakat demi mencari rezeki. Ini pula kisah si runner yang dimaki dan hampir diludah oleh seorang gadis menaiki kereta mewah

Sampah masyarakat!

Kisah pelajar ini dikongsi di laman Twitter miliknya yang dihina oleh seorang gadis menaiki mini cooper semasa berhenti di traffic light. Menurutnya, gadis tersebut menurunkan cermin tingkap kereta dan mula menjerit ke arahnya perkataan “Sampah masyarakat puiiii” dengan gaya seakan meludah ke arah lelaki berkenaan.

Mentaliti kelas bawahan

Sedangkan, lelaki ini juga tidak mengenali gadis tersebut dan tidak tahu motif sebenar diperlakukan demikian. Dia meluahkan rasa kesal terhadap sesetengah orang yang berharta tapi bersikap agak kurang ajar terhadap individu lain.

Nampak bergaya tapi papa kedana

Perkongsian kisah runner ini mendapat respond dari netizen sebagai pemangkin semangat untuk terus mencari rezeki. Ramai juga netizen mula berkongsi kisah masing-masing mengenai layanan masyarakat terhadap pekerja yang dianggap low standard ini.

Credit: Twitter NafiqZafree

SKIP THIS AD ×