berita

‘Tak Berbaloi Masuk Jail’ – Remaja Perosak Makanan Direman 4 Hari

June 22nd, 2019 | by Shafika
Isu & Kontroversi

Baru-baru ini viral di laman media sosial perlakuan biadap seorang lelaki merosakkan makanan di kedai 24 jam, FamilyMart. Perlakuan tidak bermoral itu menimbulkan kemarahan orang ramai yang rata-ratanya berharap agar mereka dikenakan hukuman setimpal.

Terbaru, tiga remaja ini menyerah diri di balai polis dan direman empat hari bagi membantu siasatan.

Selepas ditahan polis semalam, ketiga-tiga mereka tiba di Kompleks Mahkamah Seremban jam 11.30 pagi dikawal oleh anggota Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Nilai.

Mahkamah membenarkan suspek direman empat hari bermula hari ini sehingga 25 Jun ini bagi membolehkan siasatan dilakukan.

Pada pagi ini, satu perintah reman dikeluarkan oleh Penolong Pendaftar Mahkamah Khas Reman, Nurharyatie Mohd Saini. Menurut Ketua Polis Daerah Nilai, Superintendan Mohd Nor Marzukee Besar suspek sebelum itu ditahan polis, jam 3.45 petang semalam.

Kes disiasat mengikut Seksyen 427 Kanun Keseksaan.

Jangan reman, buat kerja amal

Masuk lokap tak berbaloi

Sumber : Harian Metro

The following two tabs change content below.

Shafika

Content Champion at Rev Asia Berhad
I'm not fat, I'm just easy to see

SKIP THIS AD ×