berita

‘Tak Boleh Di Darat, Udara Pula Dia Cabut Lari’ – Pilot & Penumpang Kena Kompaun Rentas Negeri

October 15th, 2020 | by Amirul Asraf
Kini Trending

12 Oktober yang lalu, Menteri Kanan Keselamatan, Datuk Seri Ismail Sabri, telah mengumumkan bahawa Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) akan dilaksanakan di seluruh Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya berkuatkuasa semalam sehingga 27 Oktober ini.

Artikel berkaitan: PKPB Dilaksanakan Di Seluruh Selangor, Kuala Lumpur & Putrajaya Bermula 14 Oktober

Ekoran daripada itu, dua orang juruterbang dan dua orang penumpang telah dikenakan kompaun kerana tidak mempunyai surat kebenaran merentas sempadan negeri.

Tiada surat kebenaran rentas negeri

Sekadar gambar hiasan

Selain juruterbang persendirian itu, kapal terbang tersebut dinaiki oleh pengurus keselamatan dan pengurus pemasaran sebuah perniagaan aktivti menyelam di sebuah resort di Kampung Juara, Pulau Tioman. Mereka didapati tidak mempunyai surat kebenaran merentas sempadan negeri daripada polis mahupun surat majikan atau bekerja dalam sektor keperluan asas yang merupakan keperluan selepas Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) dilaksanakan di Selangor.

Menurut Ketua Polis Daerah Rompin, Deputi Superintendan Azari Miskon, keempat-empat individu termasuk seorang wanita telah berlepas dari Lapangan Terbang Subang, Selangor dan mendarat di lapangan terbang Pulau Tioman pada pukul 3 petang semalam. Kesemua mereka tidak mempunyai surat kebenaran merentas sempadan negeri. Oleh itu, mereka dikenakan tindakan selepas pesawat tersebut mendarat di Lapangan Terbang Kampung Tekek di pulau berkenaan.

Jelas Azari lagi, kompaun tersebut dikenakan kerana mereka telah keluar dari kawasan yang diisytiharkan PKPB tanpa kebenaran pihak polis mahupun majikan. Tambahnya, kesemua mereka akan pulang ke Lapangan Terbang Subang esok. Ini kerana,  juruterbang persendirian itu mendakwa dia tidak mempunyai kebenaran menerbangkan pesawat pada waktu malam. Gelang kuarantin turut dikeluarkan oleh pihak Kementerian Kesihatan Kesihatan (KKM) buat mereka semua.

Roadblock dekat langit pula

Sumber: Harian Metro

SKIP THIS AD ×