berita

Kekasih Dalam Diam Ada Gelaran ‘Datuk Seri’, Azri Iskandar Dapat Restu Dari Keluarga Perlis

July 1st, 2022 | by Zulaikha
Kini Trending

Ramai wargamaya yang ternanti-nanti sama ada pelakon Azri Iskandar sudah bertemu dengan keluarga kekasihnya, Dr Azra Diera yang merupakan seorang penulis skrip.

Artikel Berkaitan: Ibu Kekasih Pengsan Selepas Tengok Video Wanita ‘F’, Azri Iskandar Nak Saman Portal

Dapat ‘green light’

Ketika dihubungi OhBulan!, Azri menyatakan dia sudah berkunjung ke Perlis pada 24 Jun lalu. Kata Azri, 57, kontroversi yang timbul sejak akhir-akhir ini tidak menjadi penghalang untuk dia dan Azra disatukan.

Alhamdulillah, tiada masalah walaupun timbul pelbagai kontroversi. Kedua ibu dan bapa Azra dah bagi green light pada saya.

Cuma saya belum boleh memberi tarikh rasmi kerana makcik saya yang akan meminangkan dia untuk saya sedang sakit.

Tunggu bila makcik saya kembali sihat Insya-Allah, segala urusan akan dilangsungkan, doakan urusan kami dipermudahkan.

Datuk Seri Dr Azra

Tambah pemilik nama Azri Iskandar Zulkiffly Iskandar, dia mengakui baru mengetahui yang Azra memiliki gelaran Datuk Seri.

Katanya lagi, dia dapat tahu menerusi kiriman mesej antara Azra dan makciknya yang meminta bakal isterinya itu tampil membersihkan imej gara-gara spekulasi netizen.

Nama dia Datuk Seri Dr Azra Diera. Saya pada awal tak tahu pun tapi Azra secara tak sengaja mengirim mesej perbualan daripada makciknya kepada saya.

Dia pada ketika tu ingin menunjukkan mesej bahawa makciknya menasihatkan dia supaya tampil ke depan bagi membersihkan imejnya kerana terlalu banyak cerita tak enak berkaitan dirinya.

Selepas diselidik, rupa-rupanya dia memiliki pangkat Datuk Seri itu kerana banyak melakukan tugas-tugas kebajikan pada masyarakat.

Dalam pada itu, pelakon drama Rahimah Tanpa Rahim menegaskan dia tetap akan meneruskan perkahwinan dengan Azra walaupun ada halangan.

Tiada siapa boleh halang cinta kami. Demi Allah saya akan nikahi Azra.

Terdahulu, Azri mengesahkan dia bakal berkahwin dengan Azra dan menghantar rombongan merisik ke Perlis pada 23 Jun.

Untuk rekod, Azri bercerai dengan Ellie Suriati pada 17 Mei lalu selepas 19 tahun hidup bersama. Pasangan itu dikurniakan dua cahaya mata iaitu Azrell Omar, 18 dan Nur Azreen, 13.

SKIP THIS AD ×