
Pelakon Yuna Rahim meluahkan rasa hairan terhadap segelintir lelaki yang gemar bergurau tanpa memikirkan sensitiviti berkaitan kaum wanita.
Artikel Berkaitan: ‘Saya Rasa Macam Hilang Diri’ – Yuna Rahim
Artikel Berkaitan: ‘Bangun Tengah Malam Bukan Cabaran Sebab Ia Akan Datang Sekali Sahaja, Mereka Cepat Membesar’ – Yuna Rahim
Jaga sensitiviti

Menerusi satu hantaran di Threads, Yuna atau nama sebenarnya Shafiqah Husna Abdul Rahim, 30, berkata bahawa tindakan bergurau sebegitu seolah-olah tidak mengambil kira reaksi atau ketidakselesaan orang lain.
Saya langsung tak faham dengan lelaki yang suka bercakap atau bergurau tanpa berfikir ini.
Dalam hantaran yang sama, Yuna turut menyatakan bahawa tingkah laku sebegitu menimbulkan persoalan sama ada keseronokan yang dicari lebih utama berbanding sensitiviti dan batasan dalam berkomunikasi.
Seronok rasa ‘thrilling’ ke macam mana?
Jaga air muka

Di ruangan komen, Yuna turut menegaskan bahawa sebagai manusia, perlu saling menghormati dan menjaga maruah antara satu sama lain.
Malah, menurutnya, situasi berkenaan membuatkan orang yang menonton berasa malu dan tidak selesa.
Kita ini manusia kena memuliakan antara satu sama lain, jaga air muka, bukan sebaliknya, benda ini jadi kita pula segan tengoknya.
Kita yang tengok pun rasa malu.
Terdahulu, nama pelawak Lan Pet Pet menjadi bualan hangat selepas berseloroh secara lucah dan double meaning terhadap pelakon, Fazura.
Lan kemudiannya tampil memohon maaf terhadap aktres tersebut. Tidak lama kemudian, Fazura dalam sebuah kenyataan memilih untuk memaafkan keterlanjuran anggota kumpulan Senario itu.
Sumber: Threads Yuna Rahim








