berita

[VIDEO] ‘Kenapa Seksi Sangat?’ – Netizen Tegur Cara Pemakaian Yuna Rahim

April 4th, 2023 | by Amirul Asraf
Kini Trending

Nama pelakon, Yuna Rahim tiba-tiba menjadi perbualan netizen berikutan penampilan terkininya yang dikatakan terlalu seksi dan ‘terdedah’.

Baju ketat seluar sendat?

Menerusi perkongsian di TikTok, Yuna telah memuat naik videonya sedang membuat review berkenaan tinted kereta yang mampu menghalang haba panas masuk ke dalam kereta.

Dalam perkongsian tersebut, Yuna telah mengenakan baju berwarna putih yang dikatakan agak ketat dan sendat bersama seluar jeans pendek paras peha sehingga didakwa hampir menampakkan punggungnya.

Berikutan daripada itu, rata-rata netizen meluahkan rasa kurang senang sebaik sahaja melihat penampilan Yuna sebegitu. Ujar netizen, sebagai seorang umat Islam, Yuna perlu tahu menjaga auratnya lebih-lebih lagi di bulan yang mulia ini.

Video

@yunarahim

Aduh, Yuna kena tipu ker? Lately cuaca dekat Malaysia panas betul, tapi nasib baik ada @Raytechfilms_official . Baru la Yuna tahu rupanya kita boleh cek kualiti film tinted kita dekat situ, dan dekat situ jugak you guys jugak, boleh dapatkan nasihat-nasihat yang diperlukan untuk pastikan film tinted kereta uols semua guna kualiti film tinted yang terbaik. Jangan lambat, pergi mana-mana cawangan Raytech di serata malaysia sekarang! #raytechfilms #raytechrx #raytechrx #kingoftint #bestcartint

? original sound – Yuna Rahim – Yuna Rahim

Terbaru, menerusi pemerhatian pihak OhBulan! ruangan komen di Tiktok milik Yuna telah ditutup.

Sumber: Yuna Rahim

The following two tabs change content below.

Amirul Asraf

Senior Content Champion at Rev Media Group
I became a writer to come as close as possible to the heart of the world.

SKIP THIS AD ×