berita

‘Tak Habis Letak Headline Nadia Brian Seksi, Susah Payah Aku Berlakon Sampai Tak Cukup Tidur, Tak Pula Buat Berita’

December 26th, 2022 | by Shahira
Kini Trending

Pelakon kontroversi, Nadia Brian akui terkilan kerana penampilan seksinya seringkali menjadi tarikan media dan orang ramai berbanding kariernya dalam dunia lakonan.

Artikel Berkaitan: [VIDEO] Nadia Brian Pakai Dress Seksi Ke Majlis Perkahwinan, Netizen Pelik Dengan Fesyen Cangkuk Bra Di Leher

‘Tak habis-habis nak letak ‘headline’ Nadia Brian seksi’

Menerusi satu hantaran di Instagram, Nadia meluahkan rasa kesal apabila imej seksinya sekali lagi menjadi berita utama di artikel hiburan. Sedangkan kerja kerasnya selama ini untuk mengukir nama sebagai pelakon jarang diberi perhatian.

Tak habis-habis nak letak ‘headline’ Nadia Brian seksi untuk orang baca artikel kau. Tak ada benda lain ke nak masuk berita? Susah payah aku berlakon, kerja sampai waktu tidur pun tak cukup, tak ada pula nak buat berita. Memalukan.

Dalam kesempatan itu, Nadia meluahkan rasa syukur dan berterima kasih kepada orang ramai yang sentiasa menyokong kerjayanya.

Terima kasih kepada anda yang selama ini menyokong dan menjaga saya dengan baik. Doakan yang baik-baik untuk kita semua. Insya-Allah.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata para peminat berharap agar Nadia sabar menghadapi dugaan dan cabaran sebagai anak seni. Para peminat juga akui bahawa mereka meminati Nadia kerana bakat yang dimilikinya dan bukanlah kerana penampilan seksinya.

Terdahulu, Nadia mencuri perhatian pengguna media sosial selepas berpakaian menjolok mata yang mendedahkan bahagian dada, pinggang serta belakang badan ketika menghadiri majlis perkahwinan pengarah filem, Imran dan Mei yang berlangsung di Hotel The St. Regis, Kuala Lumpur.

Sumber: Instagram Nadia Brian

SKIP THIS AD ×