berita

[VIDEO] Nadia Brian Pakai Dress Seksi Ke Majlis Perkahwinan, Netizen Pelik Dengan Fesyen Cangkuk Bra Di Leher

December 24th, 2022 | by Zulaikha
Kini Trending

Pelakon Nadia Brian tak pernah lekang dengan kontroversi yang melibatkan fesyen pakaiannya yang dikatakan seksi.

Artikel Berkaitan: Tampil Dengan Fesyen Baju ‘Tersembul’ Di Dada, Netizen Doakan Nadia Brian Diberi Hidayah

Artikel Berkaitan : Nadia Brian Tak Serik, Sedia Untuk Kahwin Lagi – ‘Mana Tahu Kalau Saya Bertemu Jodoh Pada Tahun Hadapan’

Seksi lagi

@nadia.brian My beautiful makeup by @schanooladiva ??? #NadiaBrian ? Calm Down Official Dance Challenge by Loïc Reyel – Loic reyeltv

Terbaru, Nadia sekali lagi mencuri perhatian pengguna media sosial selepas berpakaian menjolok mata ketika menghadiri majlis perkahwinan pengarah filem, Imran dan Mei yang berlangsung di Hotel The St. Regis, Kuala Lumpur.

Menerusi video di TikTok, aktres berumur 31 tahun ini menggayakan busana berwarna putih yang mendedahkan bahagian dada, pinggang serta belakang badan.

Selain itu, busana yang diperbuat daripada kain renda itu terdapat seperti cangkuk pakaian dalam pada bahagian leher. Namun, ada pengikut yang menganggap pakaian itu dipakai terbalik.

Pelbagai reaksi

Di ruangan komen, rata-rata netizen meluahkan rasa kurang senang kerana dress itu jelas menampakkan payudara pemilik nama Nadia Najwa Mohamed Rashidi.

Selain itu, hantaran tersebut turut dihujani dengan komen-komen nakal daripada kaum lelaki.

Sebelum ini, pakaian berwarna merah jambu yang digayakan Nadia ke sebuah acara mengundang kecaman kerana bahagian dada ‘tersembul’.

Sumber: TikTok @nadia.brian

SKIP THIS AD ×