berita

Tak Hadir Majlis Kesyukuran Aizat & Yuna, Uji Rashid Masih Merajuk?

January 21st, 2013 | by Ai
Isu & Kontroversi

Uji Rashid

Biasalah, setiap manusia ada perasaan. Apa lagi jika umur semakin meningkat, hati memang sensitif dan mudah terasa.

Semalam, berlangsungnya sebuah kenduri kesyukuran bagi meraikan kemenangan lagu “Terukir Di Bintang” di Anugerah Juara Lagu 27 (AJL) yang berlangsung baru-baru ini.

Kenduri yang diadakan di rumah Aizat Amdan ini turut dihadiri oleh rakan-rakan terdekat dan juga ahli keluarga serta beberapa orang rakan wartawan yang lain. Namun, apa yang menghairankan ialah hanya artis, Yuna dan Aizat saja yang hadir sedangkan Uji Rashid turut dijemput sekali.

Menurut sumber, Uji Rashid tidak dapat hadir kerana dia terpaksa menghadiri satu jemputan persembahan. Namun, ini telah menimbulkan pertanyaan samada Uji benar-benar tidak dapat hadir atau sengaja tidak datang kerana masih merajuk dengan isu yang terjadi.

Yuna ketika ditemui menjelaskan bahawa antara dirinya dan Uji, tiada masalah yang timbul dan keduanya masih berhubung secara baik.

“Hubungan saya dan Kak Uji  baik sahaja, tiada persengketaan antara kami kerana isu tersebut bukanlah datang dari saya.”

Walau apa pun yang berlaku, semoga isu ini reda secepat mungkin dan tidak dipanjangkan lagi.

SKIP THIS AD ×