Sebelum ini, ibu kepada pengacara popular Neelofa iaitu Datin Noor Kartini mendapat kritikan hebat dari netizen gara-gara membuat permohonan mendaftar ‘trademark’ daging harimau menangis yang dijual olehnya. Malah, beliau turut memuat naik video memberitahu bahawa produk tersebut telah didaftarkan di Perbadanan Harta Intelek Malaysia (MyIPO).
Artikel Berkaitan : Netizen Tak Setuju Ibu Neelofa Daftar ‘Trademark’ Daging Harimau Menangis
Terbaru, menerusi Instagram Aunty Tini Kitchen, pihak Noor Khan Enterprise telah memuat naik kenyataan rasmi mengenai isu tersebut yang hangat diperkatakan di media sosial sejak semalam.
Tak halang mana-mana syarikat
Menurutnya, pendaftaran ini adalah bagi tujuan melindungi penggayaan, susun atur grafik, kod warna dan perkataan tersebut pada bungkusan produk. Tambah mereka lagi, ini adalah untuk mengelakkan kekeliruan kepada pengguna produk mereka di luar sana.
Dalam pada itu, pihak mereka tidak pernah menghalang mana-mana pihak untuk menjual produk yang sama selagi mana ianya tidak menyerupai bungkusan produk pihak mereka pasarkan. Akhir sekali, mereka memohon maaf atas kesilapan mereka dalam mengeluarkan kata-kata.
Mohon maaf kepada semua
Sumber : Aunty Tini Kitchen