Ibu kepada pengacara popular Neelofa iaitu Datin Noor Kartini telah melancarkan produk makanan yang merupakan resipi dari Thailand iaitu Daging Harimau Menangis. Makanan tersebut mendapat permintaan yang tinggi setelah berada di pasaran sejak tahun lalu.
Namun kontroveri tercetus apabila ibu Neelofa dikatakan telah mendaftar ‘trademark’ perniagaan Daging Harimau Menangis yang dijualnya itu.
‘Tidak ada sesiapa boleh guna’
So adakah KPI kita untuk PKP 2.0 kali ni untuk cyberbully Kardashians Kelantan? pic.twitter.com/yC5o4bxC0V
— ???? ? (@AzlilAdzif) January 13, 2021
Rakaman video di IG Story Datin Kartini sempat dirakam pengguna Twitter dan menjadi perhatian ramai sehingga mendapat 4.3 ribu retweet.
Menerusi perkongsian video tersebut, Datin Kartini memaklumkan nama resepi tersebut telah didaftar untuk produk keluarannya dan individu lain tidak boleh sewenang-wenangnya menggunakan nama tersebut.
Dah berzaman orang guna
Hal ini membuatkan ramai berasa kurang senang dan beranggapan bahawa tindakan sebegitu ‘membunuh’ peniaga-peniaga kecil yang turut sama mengeluarkan produk makanan Daging Harimau Menangis.
Rata-rata netizen meluahkan pandangan dan tidak bersetuju apabila ibu Neelofa ini didakwa telah membuat permohonan trademark Daging Harimau Menangis sebagai nama produk keluarannya.
Datang dia terus nak trademark
Salah seorang pengguna Twitter iaitu Aindzaya berkongsikan pengalaman pernah bekerja di sebuah syarikat penjenamaan (branding). Menurutnya, proses penjenamaan produk mengambil masa lebih kurang enam bulan untuk mendapat kelulusan.
Untuk pengetahuan, MyIPO menyediakan perkhidmatan pendaftaran untuk paten, tanda dagangan, reka bentuk industri, petunjuk geografi dan pemberitahuan sukarela hak cipta.
Sumber: Azli Adzif, Astro Gempak, Azrul Haqim