berita

Tak Hirau Cakap Orang, Foto Syed Saddiq Buat ‘Part Time’ Kutip Sampah Di Stadium Terima Pujian

November 20th, 2019 | by Amat
Kini Trending

Ini bukan kali pertama Menteri Belia dan Sukan, YB Syed Saddiq mengajak penonton untuk mengutip sampah di stadium selepas setiap perlawanan bola sepak. Malah, dia juga kelihatan turut serta dalam menjalankan aktiviti berkenaan selepas perlawanan bola sepak Kelayakan Piala Dunia 2022/ Piala Asia 2023 antara Malaysia dan Indonesia, malam tadi.

Tindakan YB Syed Saddiq itu bagaimanapun mendapat pelbagai reaksi dari netizen.

Bukan kali pertama

Jika sebelum ini Syed Saddiq viral foto dan video menyaksikan menteri itu mengutip sampah di stadium sewaktu perlawanan bola sepak Piala FA final antara Pahang menentang Selangor di Stadium Bukit Jalil pada Julai 2018. Rata-rata memuji sikap dan tindakan Syed Saddiq dan berharap agar tindakan sebegitu menjadi amalan rakyat Malaysia setiap kali selepas perlawanan bola sepak.

Stadium kita, rumah kita

Terbaru, Syed Saddiq menerusi media sosial termasuk Facebook, Instagram dan Twitter memuatnaik foto menyaksikan dia mengutip sampah yang berada di kerusi penonton. Syed Saddiq turut menegaskan kebersihan melambangkan budaya kita sebagai masyarakat bertamadun. Status Menteri Belia dan Sukan ini turut dihujani dengan pelbagai reaksi netizen di ruangan komen.

Tak payah hiraukan sindiran orang

Okay ke angkat berat-berat tu?

Masalah rakyat settle dulu

Bagaimanapun, rata-rata netizen meninggalkan kata pujian atas tindakan Syed Saddiq mengutip sampah di stadium itu. Mereka turut menasihati agar Menteri Belia dan Sukan itu tidak perlu ambil endah kepada kritikan serta sindiran rakyat yang dilemparkan kepadanya.

Sumber: Syed Saddiq

SKIP THIS AD ×