berita

‘Tak Hormat Langsung’ – Guna Gambar Kahwin Lama Jadi Prop, Bella Dally Terkilan

July 9th, 2019 | by Arini Saleh
Kini Trending

Gambar perkahwinan Bella Dally dan bekas suami, Nazim Othman yang disunting di dalam telefilem Silang terbitan JS Pictures Sdn Bhd mendapat perhatian ramai. Netizen beranggapan ‘kerja mudah’ yang dibuat pihak produksi sebagai tidak profesional.

Malah Bella Dally turut meluahkan rasa kesal dengan tindakan tersebut. Walaupun pihak produksi sudah memohon maaf, dia berharap selepas ini mana-mana pihak tidak mengambil mudah.

Viral di Twitter

Gambar kahwin yang digantikan dengan wajah pelakon, Emma Maembong menjadi bualan hangat pengguna Twitter sejak kelmarin. Hal ini mendapat perhatian Bella selepas mendapat pesanan mesej dari peminat.

Tak hormat langsung

Melalui status yang dimuatnaik di Instagram, Bella mempersoalkan tindakan pihak produksi yang meneruskan babak sedemikian. Bella juga tidak bersetuju dengan tindakan tersebut dan baginya ia sangat tidak menghormati privasi.

Dia sendiri sudah menghubungi penerbit untuk mendapatkan penjelasan. Pihak produksi termasuk krew memohon maaf di atas ketelanjuran tersebut. Bella berharap mana-mana pihak tidak mengambil mudah lagi selepas lagi.

Produksi mohon maaf

Assalamualaikum, maaf ganggu. Saya Fawwaz, Art Department dari telefilem Silang JS Pictures Sdn Bhd.

Saya ingin memohon maaf atas kesilapan menggunakan gambar kahwin awak untuk disunting sebagai bahan prop dalam tele itu.

Selain Shiela Rusly, Fawwaz daripada bahagian seni telefilem Silang turut memohon maaf kerana menggunakan gambar kahwin lama sebagai prop.

Sumber : Harian Metro