berita

‘Tak Kurus Pun, Dia Tetap Seksi Pada Pandangan Mata Saya’ – Aidil Aziz

October 25th, 2023 | by Amirul Asraf
Kini Trending

Pelakon Aidil Aziz memberitahu kepada rakan media bahawa isterinya, Fasha Sandha adalah wanita yang sentiasa seksi pada pandangan matanya sama ada kurus atau pun berisi.

Artikel Berkaitan: Aidil Aziz Terbuka Jika Pengarah Minta Babak Buka Baju – ‘I’m Fully Prepared’

Artikel Berkaitan: [VIDEO] ‘Kurus Bukan Sekadar Kurus, Kuat Betul Fasha Angkat Aidil’

Tetap seksi pada pandangan mata saya

Menerusi laporan Harian Metro, Aidil sukar menjawab dakwaan mengaitkan isterinya yang dikatakan kini kelihatan sangat seksi pada penampilan sejak semakin kurus.

Dia (Fasha) tak kurus pun, dia tetap seksi pada pandangan mata saya. Jadi, saya tak tahu nak komen macam mana bila orang nak pandang dia itu ke, ini ke. Sebab pada saya, isteri saya sentiasa seksi.

Disoal mengenai dakwaan mengatakan Fasha lebih menyerlah daripada dirinya, Aidil mengakui isterinya itu memang pelakon wanita terbaik dan berbakat besar.

Dia adalah seorang pelakon senior daripada saya dan dia sangat jauh lebih baik daripada saya dari segi kualiti lakonan dan komitmen

Saya sebagai suami dan pelakon juga, saya sendiri banyak belajar dengan dia dan dia juga banyak memberi pandangan positif terhadap dunia lakonan.

Apapun, saya sebenarnya tak kisah apa orang nak cakap, yang penting macam mana pun, dia adalah isteri saya dan saya adalah suami dia sebab kami nakkan kebahagiaan. Jadi, janganlah fikir apa orang nak cakap.

Sumber: Harian Metro

The following two tabs change content below.

Amirul Asraf

Senior Content Champion at Rev Media Group
I became a writer to come as close as possible to the heart of the world.

SKIP THIS AD ×