berita

Tak Mahu Kejar Populariti & Bayaran Lumayan, Fasha Sandha Mengaku Pilih Naskhah Demi Kualiti Kerja

July 19th, 2022 | by Amirul Asraf
Lensa Insta

Pelakon, Fasha Sandha mengakui bahawa dia tidak mahu membolot semua tawaran lakonan semata-mata demi mengejar populariti atau bayaran lumayan.

Demi kualiti kerja

Menurut Fasha, sewaktu zaman kemuncak kerjayanya sebagai seorang pelakon, dia tidak pernah memilih ‘job’ dan menerima segala tawaran yang diberikan. Ujar Fasha, ada masanya dia sampai terkejar-terkejar dan tidak mempunyai masa untuk diri sendiri. Namun, semuanya telah berubah pada waktu ini. Jelas Fasha, dia lebih rela menerima satu naskhah yang beratus-ratus episod panjang dan melepaskan tawaran lain demi kualiti kerja yang bagus.

Mana-mana tawaran yang datang serentak, saya akan tengok dulu dan pilih salah satu yang bersesuaian. Kita pun tak nak susahkan pihak lain kalau jadi apa-apa masalah (disiplin) di kemudian hari nanti.

Diminta untuk mengulas mengenai disiplin dan komitmen kerjaya yang diberikan 100 peratus serta dicontohi anak seni lain, Fasha menyifatkan cara kerja yang diamalkan selama ini menjadi resipi pihak produksi senang bekerjasama dengannya.

Saya sangat berbesar hati apabila masih diterima dan diberikan pelbagai peluang lain sepanjang berada dalam bidang seni sejak 16 tahun lalu. Apa yang paling penting ialah keikhlasan kita dalam melakukan sesuatu tugas yang diberikan tak kira dalam lakonan atau bidang lain. Saya percaya untuk terus berjaya, perlu mengekalkan cara kerja dan berdisiplin dalam menjayakan sesuatu naskhah. Tak susah pun hendak bekerja dengan saya, cuma saya tidak suka membuat orang menunggu. Sejak kecil dan di sekolah, saya sudah diterapkan dengan disiplin yang tinggi iaitu apabila dilantik menjadi pengawas.

Sumber: Kosmo

The following two tabs change content below.

SKIP THIS AD ×