berita

Tak Mampu Bayar Tapak Berniaga, Ustaz Ebit Bantu Keluarga Mangsa Langgar Pemandu Mabuk

June 9th, 2020 | by Amirul Asraf
Kini Trending

Semalam, Ustaz Ebit Lew berpeluang berkunjung ke rumah arwah Mohamed Zaili Mohamed yang merupakan mangsa kemalangan pemandu mabuk di Lebuhraya Sultan Iskandar menghala ke Kuala Lumpur pada 1 Jun lalu. Menerusi Facebook, Ustaz Ebit menghulurkan beberapa sumbangan buat isteri dan anak-anak arwah.

Tak mampu bayar tapak berniaga

Sebak sayu tadi ziarah keluarga arwah Mohamed Zaili Mohamed, abang rider menghantar makanan baru ini. Masa tengok video motor arwah terseret jauh dilanggar kereta yang mabuk katanya. Ya Allah. Sedang menghantar order yang dimasak isterinya. Rezeki masa pkp ini. Makanannya dan lauk lauknya sedap dan tiada caj penghantaran pun. Allahuakbar. Dikala orang takut keluar rumah abang ini dan isteri bertungkus lumus memberi khidmat.

Semoga Allah hadiahkan syurga Firdaus untuk arwah dan pelihara jagakan keluarganya. Semoga perniagaan isterinya fb @bungakulistari dan Instagram.com/watiekitchenbertambah maju. Rumahnya area kawasan Flat di Bukit Antarabangsa. Saya tanya apa boleh dibantu. Akak ni berniaga sana sini tapi tak mampu bayar tapak berniaga. Dah setahun kerja dari rumah. Arwah suaminya hantar makanan. Dua anak masih kecil. Seorang itu anak angkat dari kecil. Dah 10 tahun tapi masih belum bersekolah. Cuma kelas mengaji harian.

Menurut Ustaz Ebit, rumah arwah terletak di Bukit Antarabangsa dan setakat ini isteri arwah hanya berniaga makanan. Jika sebelum ini, arwah Zaili akan membantu isterinya untuk menghantar kesemua pesanan makanan, kini isteri arwah berhadapan kesukaran. Disoal mengenai bantuan yang diperlukan, wanita tersebut memberitahu dia mempunyai kesukaran untuk membayar tapak berniaga .

Nak bayar sekolah agama

Kakak tadi risau sekolah anak-anak. Saya niat nak hantar dan bayarkan sekolah agama madrasah buat yang lelaki kerana dia nak jadi hafiz Al-Quran dan alim. Baik-baik sangat anak ini semua. Adab sifat akhlak mereka. Adik ni menangis ulang kali cakap tak sangka dapat jumpa ustaz. Betul ke ni. Kenapa ustaz suka tolong orang. Semenjak bila ustaz tolong orang. Semoga Allah mudahkan semuanya.

Saya beri sedikit duit belanja buat akak ni dan keluarga. Beri sedikit mainan untuk adik-adik ni. Berlari-lari adik ni seronok dapat mainan. Besarnya ustaz. Bestnya. Terima kaseh ustaz. Susah-susah jer ustaz. Semoga Allah bantu lawyer akak ni dalam kes ini. Semoga Allah beri pertolongannya. Semoga Allah selamatkan negara kita dari musibah, bahaya dan akibat buruk dari arak. Ya Allah selamatkan kami semua.

Di samping itu, wanita tersebut turut meluahkan perasaan risau mengenai urusan persekolahan anak-anak selepas ini. Tambahnya, ingin menghantar anak lelakinya ke sekolah agama. Sedih mendengar luahan yang diceritakan, Ustaz Ebit menghulurkan sedikit sumbangan dan hadiah buat anak-anak arwah. Ustaz Ebit juga berharap urusan kes arwah Zaili dipermudahkan.

Sumber: Ustaz Ebit

SKIP THIS AD ×