berita

‘Saya Tak Maafkan’ – Isteri Mangsa Langgar Pemandu Mabuk

June 1st, 2020 | by Amat
Kini Trending

Kemalangan jalan raya di Lebuhraya Sultan Iskandar menghala ke Kuala Lumpur pagi tadi telah menyebabkan kematian seorang penunggang motosikal. Mangsa Mohamed Zaili Mohamed dalam perjalanan pulang selepas menghantar makanan kepada pelanggan itu telah dilanggar dan diseret sejauh 2km.

Isteri kepada mangsa iaitu Zahlawati Zahlan bagaikan hilang sebelah sayap dan betul-betul hilang arah.

Betul-betul hilang arah

Memetik laporan Metro, kehidupan mereka sekeluarga bergantung kepada suami yang melakukan pelbagai pekerjaan semenjak PKP dilaksanakan. Menurut isteri mangsa, dia perlu menyara anak-anak mereka termasuk anak tiri seramai 4 orang.

Saya tidak maafkan, nyawa tidak boleh diganti dengan wang, saya kini betul-betul hilang arah. Arwah buat pelbagai kerja termasuk menghantar makanan yang ditempah pelanggan melalui perniagaan kecil-kecilan saya.

Kini saya hilang arah dan punca. Arwah meninggalkan empat anak tiri berusia tujuh hingga 15 tahun dan anak bersama saya berusia enam tahun.

Lihat dia terbaring berlumuran darah

Beberapa panggilan telefon telah dibuat, namun gagal juga untuk menghubungi suaminya itu. Selepas daripada itu, baru dia mengetahui suami ditimpa kemalangan sebelum dia bergegas ke lokasi kejadian.

Dia keluar untuk menghantar makanan di rumah rakannya di Pantai Dalam pada jam 9.30 malam. Kira-kira jam 1.30 pagi saya cuba hubungi arwah sebanyak lima kali namun tidak berjawab, namun panggilan keenam dijawab orang awam yang memaklumkan suami saya terbabit kemalangan.

Saya terus bergegas ke lokasi dan mendapati arwah sudah tidak lagi bernyawa, dia dilihat terbaring dalam keadaan berlumuran darah.

Tindakan perlu diambil

Zahlawati turut memohon agar kerajaan dan pihak berkuasa segera mempercepatkan pindaan undang-undang terhadap pemandu mabuk ini bagi mengelakkan ramai lagi menjadi mangsa.

Undang-undang perlu diperketatkan, suami saya menjadi mangsa, malah bulan ini saja berapa ramai orang yang tidak bersalah menjadi mangsa? Kini saya sudah hilang orang tersayang yang mencari rezeki untuk keluarga. Tindakan perlu diambil dengan segera.

Minta doakan arwah pakcik

Sementara itu, pelakon Aishah Azman memohon pengikutnya untuk berdoa buat arwah. Difahamkan arwah mempunyai hubungan kekeluargaan dengan pelakon ini.

Sumber: Metro

SKIP THIS AD ×