Semalam, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Idris Ahmad, berasa kesal dengan kes tidak bermoral yang membabitkan pendakwah selebriti.
Idris memberikan empat nasihat kepada ustaz dan pendakwah selebriti negara, bertujuan untuk memastikan mereka tidak terjebak dengan perbuatan yang tidak bermoral seterusnya tidak lagi dipercayai masyarakat.
Artikel Berkaitan: Wanita Dakwa Perkenalan Penceramah Bebas & Remaja Perempuan Mula Di IG, Lakukan Hubungan Seksual Suka Sama Suka?
Artikel berkaitan : Mangsa Amang Seksual Kenal Penceramah Bebas Dalam Program Motivasi
Artikel Berkaitan: Selepas Selangor, Polis Negeri Sembilan Pula Terima 2 Laporan Kes Amang Seksual Pendakwah
Cabut gelaran
Kenyataan yang dikeluarkan oleh Idris itu turut disokong oleh pengacara program digital, Finaz Yunus.
Menerusi hantaran di Instagram (IG), Finaz menegaskan kepada penceramah selebriti terbabit untuk menukar kerjaya sekiranya gagal mengawasi nafsu.
Terima kasih YB Menteri Agama. Selaku pengamal media yang sering menerima berita pertama berkenaan salah laku membabitkan golongan agamawan, saya amat berharap galaslah tanggungjawab kalian dengan baik dan penuh amanah.
Seandainya tidak mampu mengawal nafsu kalian, tinggalkan dan cabutlah gelaran Pencetus Ummah, Imam Muda, Murabbi, Ikon dakwah , Ustaz, Muir dan sebagainya. Carilah kerjaya lain.
Jangan busukkan nama Islam
Kata bekas pengacara TV Alhijrah, pendakwah selebriti seharusnya menggalas tanggungjawab dengan baik bukan sekadar mengejar populariti.
Gelaran itu terlalu besar nilai dan tanggungjawab yang perlu dipikul. Anda membawa imej agama Islam. Tidak sekadar populariti dijemput ke sana sini.
Cukuplah Islam difitnah oleh musuhnya. Usah kita jadi ‘bahan penyedap’ buat musuh agama membusukkan lagi nama Islam.
Baru-baru ini, pendakwah bebas yang juga pelakon ditahan polis pada Khamis lalu selepas didakwa melakukan jenayah amang seksual terhadap remaja lelaki.
Julai lalu, seorang pendakwah selebriti juga ditahan polis atas kesalahan merogol gadis di bawah umur, selepas mangsa menghubungi lelaki terbabit di media sosial bagi bertanyakan masalah agama.
Manakala pada Februari, seorang lagi pendakwa selebriti dihadapkan di mahkamah, dipercayai membabitkan 11 pertuduhan, termasuk berkaitan gangguan seksual.
Sumber: Instagram @finazyunus & BH