Platform media sosial rancak selepas keluar berita mengenai seorang penceramah bebas popular telah ditahan polis selepas disyaki merogol seorang remaja perempuan berusia 14 tahun.
Artikel Berkaitan: Penceramah Bebas Popular Bergelar Ustaz Disyaki Rogol Remaja 14 Tahun
Macam mana perkenalan bermula?
@omyqay Replying to @mesyaje sy akan ceta satu persatu..#pendakwaagamarogolbudak #ustazbertopengkansyaitan #tiktokmalaysia?? #allahuakbar ? original sound – Fathi Naim
Susulan itu, ada netizen yang mendedahkan kronologi hubungan antara penceramah itu dengan remaja perempuan terbabit. Menerusi TikTok, seorang pengguna yang dikenali dengan @qayqay mendakwa Instagram (IG) menjadi titik permulaan perkenalan ustaz dengan gadis itu.
Wanita yang mendakwa anaknya merupakan kawan baik kepada mangsa berkata gadis terbabit bertanya mengenai perihal agama lantas diberi nombor telefon oleh penceramah berumur 30-an.
Mangsa mengikuti ustaz ini kat Instagram kemudian DM tanya soal agama. Ustaz bagi nombor telefon katanya jarang buka DM. Kemudian, sampai satu hari ustaz umpan cuba teka umur saya berapa? Kalau betul saya belanja makan.
Budak mentah macam tu apa tau. Seronok sebab nak keluar dengan orang yang popular.
Jijik nak baca
@omyqay? Allah Allah Aghisna – Nazwa Maulidia
Dalam video yang berbeza, dia juga mendakwa penceramah bebas dan gadis itu beberapa kali melakukan hubungan intim atas dasar suka sama suka.
Namun, pihak keluarga mengambil keputusan untuk melakukan laporan polis memandangkan gadis itu masih di bawah umur.
Menyalahkan kedua-dua pihak, wanita terbabit menyerahkan siasatan kepada pihak yang berkuasa.
Terdahulu, penceramah bebas yang berusia dalam lingkungan 30-an itu direman selama lima hari hingga 23 Julai bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan dan Seksyen 14 (a) Akta Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017.
Sumber: TikTok @qayqay