berita

Tak Nak ‘Back To Back’ Kerja, Janna Nick Utamakan Kesihatan Mental – ‘Luaran Saja Nampak Okey, Hakikatnya Tidak’

January 23rd, 2022 | by Zulaikha
Kini Trending

Umum tahu, selebriti versatil Janna Nick berdepan dengan penyakit Bipolar Disorder dan pernah dua kali membuat percubaan membunuh diri.

Artikel Berkaitan: Janna Nick Dedah Otak & Hati Pesakit Mental Tak Pernah Sehaluan, Sering Dengar Lebih Daripada Lima Suara – ‘Hanya Tidur Waktu Yang Paling Sunyi’

Artikel Berkaitan: Dituduh Tidur Dengan Kekasih Ketika Bercuti, Janna Nick Enggan Layan Komen Netizen – ‘Kami Tak Pergi Berdua Malah Ada Keluarga’

Artikel Berkaitan: Didakwa Tak Ada ‘Job’ Sebab Selalu Dengan Kekasih, Dini Schatzmann; ‘Saya Minat Bab Kamera, Janna Tempat Terbaik Untuk Belajar’

Perlahankan karier

Ketika ditemui OhBulan!, Janna nekad untuk memperlahankan karier seni bagi memberi fokus kepada kesihatan mentalnya.

Saya memilih untuk memperlahankan kerjaya seni. Saya bukan kekwat cuma kena utamakan kesihatan mental.

Saya memilih untuk bergerak aktif di belakang tabir contohnya di bangku pengarah dan mewujudkan pengurusan artis di bawah jenama saya sendiri.

Kesihatan terjejas sebab tak ambil ubat

Kata pelakon berumur 27 tahun ini, dia tidak dapat membawa watak dengan baik kerana pil anti kemurungan membuatkan dia kurang beremosi.

Susulan itu, kesihatan mental pemilik nama Nurul Jannah Muner makin teruk dan dia terpaksa membuat keputusan untuk tidak terlalu bekerja keras bagi memastikan dia mengambil ubat secara konsisten.

Tugas sebagai pelakon memerlukan saya untuk mendalami watak yang diberikan sepenuh perasaan. Saya pernah berkongsi mengenai ubat anti kemurungan ini yang mana membuatkan saya kurang beremosi.

Jadi, saya berhenti mengambilnya seketika kerana perlu menjiwai watak lakonan. Hal itu tidak dapat dilaksanakan dengan jayanya sekiranya saya mengambil ubat berkenaan. Kesannya membuatkan kesihatan saya makin teruk.

Sekarang ini saya betul-betul ikut nasihat doktor untuk ambil ubat tepat pada waktunya. Saya akan konsisten dan memilih untuk amalkan gaya hidup yang lebih sihat. Dah tak nak kerja ‘back to back’, kesihatan number satu.

Bukan penyakit boleh diambil mudah

Dalam pada itu, pelakon drama Melastik Ke Hatimu akui sedar dengan pemikiran segelintir individu yang memandang remeh dengan penyakit mental.

Saya tahu ada pihak yang menganggap perkara ini sebagai bahan jenaka atau sekadar ‘content’, namun penyakit mental ini bukanlah sesuatu yang boleh diambil mudah.

Luaran saja nampak okey, hakikatnya tidak. Hanya mereka yang mengalaminya saja tahu sama ada penyakit ini berbahaya atau tidak.

Jadi, saya menyerahkan kepada mereka di luar sana untuk membuat penilaian tersendiri. Tahun ini saya memilih untuk mengutamakan kesihatan mental daripada melayan komen nakal netizen.

Sumber: Instagram @jannanick

SKIP THIS AD ×