berita

Tak Nak Sejarah Raya ‘Last Minute’ Berulang, Andi Bernadee Beli Tiket Balik Kampung Awal Dua Hari

April 23rd, 2023 | by Shahira
Kini Trending

Belajar dari pengalaman tahun lalu, penyanyi Andi Bernadee memilih untuk membuat persiapan awal sempena hari raya Aidilfitri pada tahun ini.

Tak nak raya ‘last minute’

Pada tahun lalu, boleh dikatakan seluruh rakyat Malaysia terkejut apabila Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja, Tan Sri Syed Danial Syed Ahmad mengumumkan tarikh hari raya Aidilfitri jatuh pada 2 Mei 2022 iaitu sehari awal daripada apa yang tertera di kalendar. Tak dinafikan, ramai yang kelam-kabut membuat persiapan raya termasuklah menyediakan bahan masakan, pulang ke kampung dan sebagainya.

Begitu juga dengan Andi Bernadee yang tidak sempat pulang ke kampung halamannya di Kota Kinabalu, Sabah kerana tiket penerbangan yang dibelinya adalah pada 2 Mei 2022. Tetapi disebabkan raya disambut sehari awal, maka Andi hanya mampu beraya di lapangan terbang sahaja.

Susulan daripada pengalaman tahun lalu, Andi ketika ditemui OhBulan! memberitahu, dia akan pulang ke kampung dua hari sebelum raya iaitu pada 20 April 2023.

Tahun ni alhamdulillah saya beli tiket penerbangan dua hari sebelum raya. InsyaAllah, kalau ikut kalendar kita raya 22 April jadi saya pun kena bijak. Saya beli tiket 20 April. Saya ni kali pertama saya rasa benda ni (raya terkejut).

Ujar Andi lagi, pada tahun ini, dia tidak membuat sambutan raya secara besar-besaran sebaliknya hanya menjemput ahli keluarga, sanak-saudara dan jiran terdekat sahaja.

Persiapan tak ada apa-apa sangat. sebab buat kecil je. Baju raya ada lah beberapa helai tapi biasanya pakai untuk kerja. Selalunya raya pertama sahaja saya pakai baju raya, raya kedua dah pakai baju biasa.

Tambah penyanyi berusia 32 tahun ini lagi, dia akan berada di kampung lebih kurang seminggu dan akan pulang semula ke ibu negara untuk menjalani penggambaran bersama pengarah dan penerbit terkenal, Erma Fatima.

Andi bersama pempengaruh, Ryan Bakery telah melancarkan lagu raya berjudul Raya Last Minit pada 31 Mac lalu.

SKIP THIS AD ×