berita

‘Tak Pasal Kena Kutip’ – Polis Cari Individu Rosakkan Barang Dengan Sengaja

June 21st, 2019 | by Arini Saleh
Isu & Kontroversi

Semalam viral di laman Twitter perlakuan biadap seorang lelaki merosakkan makanan di kedai 24 jam, FamilyMart. Di dalam video berdurasi 1:10 minit itu, lelaki tersebut dengan sengaja melenyekkan makanan serta minum minuman yang belum dibayar.

Walaubagaimanapun, dia dan rakan-rakan mempertahankan diri mendakwa barang yang ‘dirosakkan’ sudah dibayar.

Polis buru suspek

Menerusi Harian Metro, Ketua Polis Daerah Nilai, Superintendan Mohd Nor Marzukee Besar memaklumkan sudah menerima laporan dan kini sedang memburu individu viral tersebut.

Pengadu melihat video tular di media sosial yang didakwa berlaku di premisnya lalu membuat semakan melalui rakaman kamera litar tertutup (CCTV).

Pengadu mendapati lelaki terbabit merosakkan barang makanan dan minuman dengan sengaja menyebabkan beliau mengalami kerugian RM30.

Tambah Marzukee lagi, pengurus premis hadir ke balai polis kira-kira jam 11.20 malam melaporkan kejadian dan menganggarkan kerugian RM30.

Berikutan itu, polis kini sedang giat mencari suspek dan kes disiasat mengikut Seksyen 427 Kanun Keseksaan kerana melakukan khianat.

Tak pasal kena kutip

Sumber : Harian Metro

The following two tabs change content below.

SKIP THIS AD ×