berita

‘Rahim Maarof Masuk ICU Bukan Sebab Angin Ahmar’ – Pengurus

April 3rd, 2023 | by Amirul Ilyasha
Kini Trending

Semalam kita dikejutkan dengan berita mengenai penyanyi veteran, Rahim Maarof, 68, yang telah dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Sungai Buloh selepas diserang angin ahmar.

Artikel Berkaitan: Pernah Jadi Arkitek Sebelum Penyanyi Popular, Joey BPR Kongsi Pengalaman

Bukan angin ahmar tapi kenaikan darah tinggi

Terbaru, pengurus kepada Rahim yang juga merupakan rakan baiknya, Aalan Ahmad memaklumkan bahawa punca sebenar Rahim dirawat adalah disebabkan oleh kenaikan tekanan darah tinggi dan bukanlah diserang angin ahmar seperti yang diuar-uarkan sebelum ini.

Aalan memaklumkan perkara tersebut selepas ditemui Harian Metro ketika menziarahi Rahim di hospital semalam.

Sebenarnya, dia bukan diserang angin ahmar, tetapi tekanan darahnya tinggi. Kemudian, ada cecair di bahagian otak dan doktor sudah keluarkan menerusi pembedahan yang dilakukan Jumaat lalu.

Saya pergi melawat kira-kira jam 5 petang semalam. Dia dalam keadaan separuh sedar ketika itu.

Aalan turut menambah bahawa keadaan Rahim yang masih lagi belum stabil menyebabkan penyanyi lagu Cinta Kristal itu masih dipantau di ICU hospital berkenaan.

Menurut jururawat, keadaannya masih belum stabil selagi masih di ICU. Kalau dah dipindahkan ke wad biasa, ertinya keadaannya mula stabil.

Bagaimanapun, semuanya bergantung kepada keadaannya dan sekarang dia masih di bawah pemantauan doktor.

Untuk info, Rahim dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Sungai Buloh selepas menjalani pembedahan pada Jumaat yang lalu.

Sumber: Harian Metro 

SKIP THIS AD ×