berita

‘Tak Payah Bayar, Ada Orang Bayarkan’ – Gadis Cerita Shuib & Siti Sarah Pernah Belanja Nasi Lemak

August 9th, 2021 | by Amat
Kini Trending

Di Twitter, seorang gadis berkongsi detik pernah berjumpa dengan pasangan suami isteri, Shuib dan Siti Sarah pada awal tahun ini di sebuah gerai nasi lemak. Gadis yang dikenali sebagai Umaira Haris turut memberitahu pasangan itu juga tolong membayar makanan buatnya dan kebetulan hari tersebut merupakan hari ulang tahun kelahirannya.

Artikel berkaitan: Siti Sarah Meninggal Dunia

Artikel berkaitan: ‘You Datang Dengan Pakaian Serba Putih & Senyum…’ – Rebecca Nur Islam

‘Ya betul, orang ini yang bayarkan’

Difahamkan, tweet ini dikongsi Umaira Haris pada 7 Ogos lalu ketika Siti Sarah dimasukkan ke hospital untuk melahirkan anak. Gadis ini mengimbau kembali kenangan ketika Shuib dan Siti Sarah membayarkan nasi lemak buatnya dan disertakan ucapan selamat hari jadi.

Bukan itu sahaja, Shuib turut memanggil isterinya, Siti Sarah dan memberitahu hari tersebut merupakan hari ulang tahun kelahiran gadis itu.

‘Tenanglah Siti Sarah’

Sudah pasti ucapan daripada pasangan ini adalah hadiah paling istimewa buat dirinya. Gadis ini turut mendoakan agar segala kebaikkan yang dilakukan akan mempermudahkan urusan mereka kelak.

Gadis ini juga terkejut apabila baru mengetahui penyanyi Siti Sarah yang pernah dijumpainya suatu ketika dahulu telah pergi buat selama-lamanya menghadap Ilahi.

Sumber: Twitter Umairaharis

SKIP THIS AD ×