berita

Tak Peduli Kecaman Netizen, Zed Zaidi Kini Dilantik AJK FINAS

July 1st, 2020 | by Amirul Asraf
Kini Trending

Presiden Persatuan Seniman (Seniman), Zed Zaidi atau nama penuhnya Rozaidi Abdul Jamil dilantik sebagai Ahli Jawatankuasa (AJK) Hal Ehwal warga Industri, Kebajikan dan Data Industri Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (Finas).

Saya akan menjaga amanah

Alhamdulillah saya akan menjaga amanah dan menjalankan tanggungjawab sebaik mungkin. Terima Kasih Kementerian Komunikasi Multimedia Malaysia dan Finas.

Zed Zaidi mengumumkan berita tersebut di akaun Instagram dan Facebooknya semalam. Menerusi posting berkenaan, pelantikan dibuat hasil kata sepakat dalam Mesyuarat Khas Ahli Perbadanan pada 18 Jun 2020. Ucapan terima kasih dan rasa syukur turut diucapkan kepada Kementerian Komunikasi Multimedia Malaysia dan FINAS.

Saya akan teruskan perjuangan

Menerusi laporan Astro Gempak, Zed Zaidi berjanji akan memperjuangkan hak kebajikan anak seni seperti yang dilakukan pihak Seniman sebelum ini.

Saya akan teruskan perjuangan membantu anak-anak seni tetapi selepas dilantik sebagai AJK di FINAS ini sudah tentu tanggungjawab menjadi lebih besar. Selain kebajikan warga seni sahaja tetapi juga memberi fokus kepada benda-benda lain secara menyeluruh.

Malah kita (FINAS) juga berusaha untuk mengumpul dan mengemaskini data penggiat seni supaya ia boleh diguna pakai dan diktiraf oleh agensi kerajaan atau mana-mana badan bertanggungjawab. Misi saya adalah untuk melakukan kebajikan secara inklusif terhadap industri seni kreatif  di Malaysia ini.

Disoal mengenai ada pihak mempertikai jawatan yang disandang dalam FINAS, Zed memberitahu dia tidak pernah mempedulikan cakap orang terutama yang negatif sejak dulu lagi. Tambahnya, dia tidak kisah jika warganet dan netizen hendak menghentamnya.

Bagi saya, kalau tak ada orang yang mengecam maknanya tak nampaklah perjuangan kita tu. Sekurang-kurangnya perjuangan kita (Seniman) selama ini diiktiraf oleh FINAS dan Kementerian, jadi saya amat bangga dengan pencapaian yang telah kita buat sebelum ini.

Saya mengucapkan terima kasih kepada Menteri KKMM, CEO FINAS dan Majlis Tertinggi FINAS kerana ambil tahu tentang kerja-kerja yang kita lakukan sebelum ini dan pengiktirafan ini sebenarnya akan menjadi contoh kepada yang lain untuk buat yang lebih baik pada masa akan datang.

Sumber: Zed Zaidi & Astro Gempak

The following two tabs change content below.

Amirul Asraf

Senior Content Champion at Rev Media Group
I became a writer to come as close as possible to the heart of the world.

SKIP THIS AD ×