berita

‘Tak Perlu Kot Nak Merendahkan Orang Macam Tu, Sangat Tak Baik…’ – Sherry Ibrahim

July 28th, 2021 | by Najmi Suhaimi
Kini Trending

Foto: Tangkap layar video

Hari ini, viral sebuah video di media sosial memaparkan seorang lelaki dipercayai ahli perniagaan terkenal yang didakwa berlaku biadap terhadap seorang warga emas. Ahli perniagaan itu dipercayai bertanyakan beberapa soalan berhubung kehidupan masa lampau warga emas ini.

Artikel Berkaitan: ‘Masa Muda Dulu Menyesal Tak?’ – Video Lelaki Biadap, Malukan Warga Emas Bikin Netizen Bengang

Video tersebut bagaimanapun, meraih pelbagai respon daripada warganet dan turut mendapat perhatian pelakon terkenal Sherry Ibrahim.

‘Sangat tak baik’

Foto: Sherry Ibrahim

Ujar pelakon Syurga Yang Kedua, tindakan ahli perniagaan itu disifatkan sebagai ‘tidak wajar’ dan dia tidak sepatutnya berbuat demikian kepada sesiapa pun termasuk warga emas.

Sherry memang pantang dengan orang yang tak pandai nak hormat orang-orang tua mcm ni. Tak perlu kot nak merendahkan orang mcm tu. Sangat tak baik.

Pada masa yang sama, Sherry sempat memberikan nasihat kepada ahli perniagaan itu supaya belajar untuk menghormati orang yang lebih tua dan mengubah sikapnya.

Awak kena ubah sikap awak dan belajar untuk menghormati orang yang lebih tua daripada awak #KurangAjar

Terdahulu, viral sebuah video seorang lelaki yang menjelaskan kepada orang ramai bahawa dia merupakan insan terpilih yang telah dihantar oleh Tuhan untuk membantu mereka semua.

Sumber: Sherry Ibrahim

SKIP THIS AD ×