berita

‘Tak Perlu Minta Izin, Arwah Benarkan Saya Nyanyikan Lagu Dia’ – Syafiq Farhain

April 21st, 2019 | by Arini Saleh
Isu & Kontroversi

Sebelum ini, Julia Bachok iaitu isteri kepada Allahyarham Saleem meluahkan rasa kecewa dengan sesetengah pihak yang sewenangnya membuat duit dengan menggunakan nama arwah suaminya. Menurutnya lagi, pihak tersebut mestilah meminta kebenaran dan berbincang dengannya terlebih dahulu.

Terbaru, anak kandung Allahyarham Saleem, Syafiq Farhain menerusi Harian Metro memberitahu akan tetap menyanyikan lagu arwah sekiranya terdapat permintaan.

Arwah benarkan saya nyanyi lagu dia

Katanya, semasa hayat bapa tidak pernah menghalang dia dari menyanyikan lagu-lagu Saleem. Jadi, sekiranya terdapat sebarang permintaan dari pihak penganjur dia akan tetap membuat persembahan.

Apa masalahnya jika saya menyanyikan lagu arwah bapa? Orang panggil saya buat persembahan, dia nak dengar saya nyanyi. Semestinya mereka ada permintaan untuk lagu tertentu. Kalau mereka nak saya nyanyikan lagu arwah, saya akan nyanyi saja.

Tak perlu nak minta izin

Dalam perkara ini tidak perlu nak minta izin pun. Kalau nak tahu, sebelum saya menandatangani kontrak menjadi penyanyi, arwah benarkan saya nyanyikan lagu dia. Saya ingat lagi dia cakap, lagi bagus saya nyanyi sebab orang boleh ingat lagunya.

Tambahnya lagi, kata-kata dari bapanya itu dipegang sehingga ke hari ini. Setiap kali bertemu arwah juga, dia tidak pernah dihalang daripada menyanyikan apa-apa lagu.

Sumber : Harian Metro

The following two tabs change content below.