berita

Tak Perlu Penjarakan Sosial Dalam LRT, MRT, Monorel Bermula Esok – Rapid Rail

June 9th, 2020 | by faris
Kini Trending

Sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), prosedur operasi standard ditetapkan kerajaan termasuklah untuk pengguna pengangkutan awam. Bersempena Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) bermula 10 Jun hingga 31 Ogos ini, pihak Rapid Rail mengumumkan tiada lagi penjarakan sosial di dalam tren dan stesennya.

Tanda penjarakan sosial dikeluarkan dari tren, stesen

Menurut Ketua Pegawai Eksekutif Rapid Rail, Abdul Hadi Amran kepada Astro Awani, langkah berkenaan bertepatan dengan SOP dikeluarkan Kementerian Pengangkutan berkaitan operasi ketika PKPP. Dengan itu, perkhidmatan Transit Aliran Ringan (LRT), Transit Aliran Massa (MRT) dan monorel juga akan beroperasi secara normal seperti sebelum PKP dilaksanakan.

Bermula 10 Jun 2020 di bawah PKPP, perkhidmatan LRT Laluan Kelana Jaya, LRT Ampang/Sri Petaling, MRT Laluan Sungai Buloh – Kajang dan Laluan Monorel, yang dikendalikan oleh Rapid Rail akan menamatkan arahan penjarakan sosial di dalam tren.

Tanda-tanda penjarakan sosial di dalam tren dan stesen sudah pun dikeluarkan. Namun demikian, prosedur keselamatan dan kesihatan sedia ada akan diteruskan.

Masih periksa suhu penumpang

Terang Abdul Hadi lagi, prosedur keselamatan dan kesihatan untuk penumpang masih dijalankan antaranya ialah pemeriksaan suhu badan. Jika didapati penumpang mencatatkan suhu lebih 37.5, mereka tidak akan dibenarkan menggunakan perkhidmatan disediaakan.

Selain itu, pemakaian pelitup muka adalah wajib kepada semua pekerja dan penumpang semasa berada di dalam sistem pengangkutan awam. Kami juga akan akan menggunakan cecair pembasmi kuman (pensanitasi tangan).

Penggunaan fasiliti dan transaksi bukan tunai seperti pas bulanan atau kad Touch N Go adalah digalakkan. Selain itu, penumpang juga digalakkan untuk memuat turun dan menggunakan aplikasi MySejahtera serta mengimbas kod QR selain menggunakan pensanitasi tangan yang disediakan di kawasan stesen.

Sumber: Astro Awani

The following two tabs change content below.

SKIP THIS AD ×