berita

‘Tak Perlu Risau, Aliff Sayang Awak Sebab Tu Dia Tinggalkan Kami..Awak Boleh Ambil Dia’ – Bella Astillah

April 25th, 2024 | by Shahira
Kini Trending

Isteri kepada penyanyi kelahiran Singapura, Aliff Aziz iaitu Bella Astillah memberi keizinan buat Ruhainies untuk memiliki suaminya itu.

Artikel Berkaitan: Bella Astillah Nafi Hasut Jenama Lain Batal Kontrak, Tuntut Ruhainies Tunjuk Bukti – ‘Dari Mana Datang Idea Fitnah Begini?’

Artikel Berkaitan: Aliff Aziz Minta Ruhainies Tengok Video, Tuduh Media Pusing Cerita – ‘Jangan Tengok Tajuk Wartawan Bodoh’

‘Awak boleh ambil dia’

Menerusi perkongsian di Instagram Story (IG Story), Bella atau nama sebenarnya Dayang Ara Nabellah Awang Astillah memberi respon tentang perbualan antara Ruhainies dan Aliff.

Bella memberitahu Ruhainies supaya tidak perlu meragui kasih sayang Aliff kerana disebabkan dia juga, Aliff sanggup meninggalkan isteri dan anak-anaknya.

Jangan risau, dia sayang awak, sebab tu lah dia tinggalkan kami anak beranak.

Tak perlu hentikan masa. Ruhainies, awak boleh ambil dia.

Sejak semalam, nama Ruhainies dan Aliff Aziz menjadi topik hangat di media sosial susulan pendedahan oleh Sarah Yasmin berhubung perbualan romantis antara pasangan artis itu. Malah, satu demi satu ‘rahsia’ mula terbongkar sehingga membuatkan Ruhainies memilih untuk menetapkan akaun Instagramnya yang memiliki 1.7 juta pengikut itu kepada mode ‘peribadi’.

Sumber: IG Bella Astillah

SKIP THIS AD ×