berita

‘Tak Perlu Sibuk Nak Beristeri Dua, I Pun You Tak Boleh Nak Handle’ – Anzalna Nasir

August 22nd, 2023 | by Shahira
Kini Trending

Sejak beberapa hari ini, kecoh di media sosial mengenai kisah isteri pertama seorang pempengaruh menangis sebelum suaminya melangsungkan perkahwinan keduanya untuk berpoligami.

‘Hidup ini tak perlu mengharapkan lelaki’

Kisah tersebut telah tular sehingga mendapat pelbagai reaksi daripada pelbagai pihak termasuk para selebriti seperti pelakon jelita, Anzalna Nasir.

Menerusi beberapa hantaran di Instagram Story, Anzalna berpendapat sekiranya seorang suami menyayangi isterinya, maka mereka haruslah menghargai dan menjaga hati seorang wanita dan bukannya dengan cara berpoligami. Ujarnya lagi, terlalu banyak pengorbanan yang dilakukan para isteri buat suami tercinta.

Hidup ini tak perlu mengharapkan lelaki. Berpoligami? Kadang perempuan nampak macam reda tapi dalam hati hanya dia sahaja yang tahu.

Anzalna dalam nada berseloroh memberi ‘amaran’ agar suaminya, Hanif Zaki tidak sama sekali memasang niat untuk berpoligami.

Tiba-tiba buka album kahwin sebab nak ingatkan Hanif Zaki berapa dia keluarkan perbelanjaan untuk berkahwin dengan saya. Tak perlu sibuk nak beristeri dua. I pun you tak boleh nak handle.

Pelakon berusia 35 tahun ini mengakui emosinya tersentuh apabila melihat seorang suami tidak menghargai isteri.

Sumber: Anzalna Nasir

SKIP THIS AD ×