berita

‘Tak Pernah Datang Lawat Kubur Tapi Sibuk Inginkan Harta Anak’ – Abang Sulli Bongkar Sikap Tamak Bapa

January 20th, 2020 | by Shira
Kini Trending

Sebelum ini, industri hiburan K-pop kecoh apabila ibu bapa mendiang Sulli dikatakan perang bersar kerana merebutkan harta yang ditinggalkan aktress itu. Terbaru, isu ini sekali lagi hangat diperkatakan selepas abang kandung Sulli memuatnaik beberapa posting dengan meluahkan kemarahannya kerana bapanya itu didakwa langsung tidak pernah melawat kubur adiknya, Sulli.

Tak pernah lawat kubur

Menerusi laporan Koreaboo, abang kandung kepada aktress itu dikatakan terlalu berang dengan sikap tidak bertanggungjawab bapa mereka kerana lebih memikirkan soal harta berbanding anak-anak. Tulisnya dalam entri yang dimuatnaik di Instagram, dia turut meluahkan rasa kesal kerana bapa kandungnya yang telah menghubunginya untuk bertanyakan soal harta peninggalan Sulli sedangkan bapanya dikatakan tidak pernah menjejakkan kaki apatah lagi melawat kubur adiknya itu sejak dia meninggal.

Saya menanggung kesedihan adik saya secara sendiri tetapi macam mana seseorang yang kami gelar sebagai bapa tergamak memikirkan tentang aset peninggalan tersebut dengan rakannya dan bukannya kesedihan kerana kehilangan seorang anak perempuan. Sedangkan dia sekali pun tidak pernah datang melawat kubur adik saya itu.

Menepis dakwaan tidak pernah melawat kubur Sulli, bapa kandung mereka telah menghantar satu foto di tanah perkuburan yang mendakwa dia telah melawat kubur anaknya. Pendedahan itu walau bagaimanapun telah dinafikan oleh abang kandung Sulli dan mendakwa bapanya menipu mereka dengan menggunakan gambar orang lain dan mengatakan bahawa itu adalah dia semata-mata untuk menutup kesalahannya.

‘Tidak akan jual rumah peninggalan Sulli’

Dalam kesempatan itu, dia juga turut memuatnaik satu screenshot yang memaparkan perbualan antara bapa dan rakannya dengan memberitahu bahawa hubungan antara dia dan bekas isterinya itu sudah menjadi seperti orang asing gara-gara pertengkaran yang berlaku kerana merebut aset peninggalan mendiang Sulli. Dalam pada itu, dia juga berharap agar harta peninggalan anak perempuannya bukan sahaja digunakan untuk keperluan mereka malah turut dapat digunakan ke jalan yang betul seperti mana yang Tuhan mahukan.

Sementara itu, abang Sulli turut mendedahkan bahawa sebelum ini bapa mereka ada menghubungi dan memarahinya kerana telah merosakkan imejnya sebagai seorang bapa gara-gara isu perebutan harta yang melibatkan mereka sekeluarga.

Awak hanyalah seorang ayah yang mahukan harta perwarisan anak perempuannya tetapi mahu mengelak cukai harta. Awak adalah orang yang cakap mahu hidup sebagai orang asing dengan ibu yang membela kami. Kalau itu yang awak mahukan, maknanya awak juga orang asing dengan saya.

Dalam pada itu, abang Sulli dikatakan telah mendapatkan khidmat peguam untuk melawan bapa mereka yang inginkan harta mendiang adiknya. Tambahnya lagi, dia juga bernekad tidak akan menjual rumah peninggalan Sulli lebih-lebih lagi jika duit jualan itu digunakan untuk membayar cukai perwarisan harta.

Sumber: Koreaboo, Allkpop