Desas-desus mengenai kisah rumah tangga pelakon terkenal, Sharnaaz Ahmad dan Noor Nabila akhirnya terjawab selepas Nabila memaklumkan mereka sudah sah bercerai secara hakam pada 9 Julai 2020 lalu.
Artikel Berkaitan: ‘Saya Sudah Dapat Apa Yang Saya Mahukan, Hubungan Perkahwinan Jatuh Nombor Dua’ – Sharnaaz Ahmad
Sharnaaz bapa terbaik
Menerusi laporan yang dipetik daripada Harian Metro, pasangan yang mendirikan rumah tangga pada 31 Mac 2017 yang lalu telah membuat kata sepakat untuk mengakhiri hubungan mereka. Menurut Nabila, hubungan dia dan bekas suaminya itu berada dalam keadaan baik dan hal ini secara tidak langsung memudahkan proses penceraian tersebut.
Kami anggap apa yang berlaku jodoh tak panjang dan tak pernah fikir jodoh kami sampai di sini saja. Lagipun mana ada orang kahwin nak bercerai.
Selain itu, Nabila turut menyifatkan Sharnaaz sebagai seorang bapa yang sangat baik buat anak tunggal mereka, Jebat Jayden. Walaupun tidak tinggal sebumbung bersama anak, tetapi Sharnaaz dikatakan setiap hari datang ke rumah Nabila untuk melawat Jebat.
Hubungan sekadar kawan
Nabila juga mengakui kini hubungan dia dan bekas suaminya itu hanya sekadar kawan. Sementara itu, Nabila memaklumkan bahawa dia akan cuba sedaya upaya untuk menjadi seorang ibu yang terbaik buat Jebat Jayden.
Kami berkawan dan banyak berborak bertukar pendapat dengannya. Kami tak bermusuh. Ketika Sharnaaz datang jumpa anak, saya akan duduk sekali dan melayan seperti kawan.
Saya cuba jadi ibu yang terbaik dan ingin berterima kasih kepada Sharnaaz. Saya juga masih dalam proses nak belajar apa yang terbaik untuk anak saya. Maklumlah ini anak pertama, jadi banyak yang saya tak tahu
Tambah Nabila, dia sangat berharap agar kehidupan Jebat tidak akan terkesan berikutan dengan penceraian mereka. Dia dan Sharnaaz akan bekerjasama bagi memastikan yang terbaik buat anak tunggal mereka itu.
Sumber: Harian Metro