berita

Tak Pernah Minta Maaf, Abby Abadi Ada Jumpa Keluarga Mangsa Penyondol – ‘Siapa Yang Bersumpah & Junjung al-Quran?’

September 8th, 2023 | by Shahrin
Kini Trending

Abby Abadi

Pelakon Abby Abadi mengaku ada berjumpa dengan keluarga wanita yang dikenali sebagai Misya yang mendakwa anaknya, Marissa Dania menjadi penyebab kehancuran perkahwinannya.

Artikel Berkaitan: ‘Kau Menang, Adik Aku Dah Langgar Taklik’ – Kakak Mangsa Dakwa Anak Pasangan Selebriti Pernah Bersumpah Enggan Jadi Penyondol Lagi

Artikel Berkaitan: Anak Pasangan Selebriti Didakwa Jadi Penyondol, Umur Baru 18 Tahun Dah Check-In Hotel?

Ada jumpa

Abby Abadi

Menerusi hantaran terkini di Instagram Stories, Abby berkata ketika pertemuan itu berlaku dia baru sahaja dimaklumkan mengenai perkara tersebut.

Malah, Abby menafikan pihaknya ada membuat permohonan maaf kepada pihak wanita terbabit.

Ya kami ada berjumpa, itu waktu baru dimaklumkan hal ini. Memang masa itu tak tahu cerita pun.

Tapi bila bercerita kata kami datang untuk minta maaf? Apa itu, sebab itu malasa nak bercakap. Jadi geram dengan perangai manusia.

Dalam pada itu, bekas isteri kepada aktor Norman Hakim itu turut menegaskan pihaknya tidak pernah bersumpah dan menjunjung al-Quran seperti yang didakwa kakak mangsa.

Siapa yang bersumpah dan junjung al-Quran tu? Yang pasti bukan dari pihak kami. Nak bercerita itu bagi jelas.

Terdahulu, Misya menerusi hantaran di X mendakwa anak kepada pasangan selebriti Norman Hakim dan Abby Abadi iaitu Marissa Dania menjadi penyebab kehancuran rumah tangganya bersama bekas suami yang dikenali sebagai Aslam.

Malah, Misya mendakwa dia mempunyai bukti salinan resit bekas suaminya bersama Marissa ‘check-in’ di sebuah hotel.

Untuk info, Marissa Dania merupakan anak kedua daripada tiga adik beradik hasil perkahwinan Norman Hakim dan Abby Abadi.

Norman dan Abby mendirikan rumah tangga pada 2002 dan disahkan bercerai pada 2009. Selain Marissa, mereka turut dikurniakan dua lagi cahaya mata iaitu Mohamed Danish Hakim dan Maria Danisha Hakim.

Sumber: Instagram

SKIP THIS AD ×