berita

‘Tak Pernah Saya Terima Wang RM1,000…’ – Wani Chomel

December 18th, 2020 | by Shahira
Kini Trending

Seorang gadis obesiti yang dikenali dengan nama Wani Chomel sebelum ini telah menjadi perbualan hangat netizen selepas mendakwa dirinya dianiaya oleh seorang usahawan kosmetik.

Artikel Berkaitan: [VIDEO] ‘No, Dia Bukan Isteri Saya..’ – Datuk Aliff Syukri Nafi Janji Bagi ‘Kekayaan’ Buat Wani Chomel

Terbaru, Wani menerusi akaun Instagram meluahkan rasa terharu selepas bertemu dengan seorang pemimpin yang sangat bermurah hati.

‘Terima kasih Tan Sri Noh Omar’

Terima kasih Tan Sri Noh Omar sudi meluangkan masa bertemu Wani.Wani ucapkan banyak2 terima kasih @mynohomar. Tak sangka beliau sudi luangkan masa berjumpa saya untuk bertanya khabar dan memberi sumbangan @mynohomar bukan pemimpin, tapi negarawan.

Di Instagram, Wani Chomel ada memuatnaik beberapa foto yang memperlihatkan dirinya bertemu dengan Ahli Parlimen Tanjung Karang iaitu Tan Sri Noh Omar.

Malah, Wani juga sempat meluahkan rasa teruja dan bersyukur kerana Tan Sri Noh Omar sudi bertemu dan bertanya khabar tentang dirinya selain memberikan sumbangan. Difahamkan, beberapa individu lain termasuk pengacara terkenal, Azwan Ali turut berada di situ.

Tak pernah terima wang RM1000

Tak pernah saya menerima wang sejumlah RM1000. Dapat la saya kirimkan buat Ibu di kampung. Itu la sebenarnya harapan saya untuk membantu keluarga. InsyaAllah saya yakin kesabaran dan dugaan yg saya lalui akan digantikan dengan kebahagiaan, aamiin ya Allah aamiin

Sementara itu, Wani memaklumkan ingin mengirimkan sumbangan berjumlah RM1000 yang diterimanya itu kepada ibu di kampung. Wani juga berdoa agar dia diberikan kesabaran dalam menempuhi segala ujian yang diberikannya selain berharap dugaan tersebut akan digantikan dengan kebahagiaan.

Sumber: Wani Chomel

SKIP THIS AD ×