berita

[VIDEO] ‘No, Dia Bukan Isteri Saya..’ – Datuk Aliff Syukri Nafi Janji Bagi ‘Kekayaan’ Buat Wani Chomel

December 7th, 2020 | by Shahira
Kini Trending

Sebelum ini kecoh di media sosial mengenai isu Wani Chomel yang mendakwa dirinya seakan dipergunakan oleh seorang usahawan kosmetik. Bukan itu sahaja, dia juga dikatakan tidak menerima apa-apa seperti yang dijanjikan oleh usahawan kosmetik berkenaan.

Artikel Berkaitan: ‘Berjalan Pun Atas Sebab Pembedahan’ – Wani Comel Harap Usahawan Kosmetik Tunaikan Janji

Terbaru, Datuk Seri Aliff Syukri Kamarzaman dalam satu sidang media telah membuka mulut dan menceritakan perkara sebenar yang berlaku antara pihaknya dan Wani Chomel.

‘Dia bukan saya punya isteri’

Menerusi sidang media, Datuk Seri Aliff Syukri menafikan dakwaan yang dikemukakan oleh Wani Chomel. Menurut Datuk Aliff, dia langsung tidak pernah menjanjikan untuk membeli rumah, kereta dan kekayaan buat Wani.

Tambah Aliff lagi, dia juga amat terkejut apabila Wani Chomel mendakwa dirinya telah mempermainkan maruah keluarga Wani sedangkan dia langsung tidak menceritakan apa-apa keburukan mengenai Wani.

Kami tidak pernah menjanjikan bulan dan bintang dan untuk makluman anda semua, saya ada ambil beberapa duta sebelum ini. Kalau kita ada cakap, kita akan menulis itu baru valid. Saya sama sekali tidak ada cakap nak bagi kereta, nak bagi rumah, nak bagi kekayaan. No, dia bukan saya punya isteri, dia bukan mak bapa saya untuk saya mengayakan mereka.

‘Makan senyap-senyap’


Bercerita lanjut mengenai perkara itu, Datuk Aliff memberitahu bahawa dia sudah sehabis baik berusaha membantu Wani untuk berjalan dengan memberi tempat tinggal yang selesa, memberi suplemen, mengupah coach, chef untuk memasak makanan yang sesuai buat Wani dan sebagainya.

Tetapi sebaliknya pula yang terjadi apabila Wani seakan tidak mahu membantu dirinya sendiri. Walaupun pembedahan sudah dilakukan tetapi penjagaan makanan dan gaya hidup sihat juga perlu dititikberatkan. Seperti sebelum ini, Wani mendakwa dia hanya boleh berjalan disebabkan pembedahan yang dilakukan dan bukanlah kerana produk. Susulan daripada isu itu, pihak Aliff Syukri mengakui bahawa mereka tidak pernah menafikan perkara itu.

Semasa berlangsungnya masa ada coach ini, Wani sendiri pun ada secara curi-curi membeli makanan dari luar yang mana ada orang datang bawa motor makanan dan mak dia beli dan makan secara senyap-senyap.

Dalam pada itu, Kamal Affandi Hashim yang merupakan Penganalisis Jenayah juga menjelaskan bahawa banyak kenyataan yang dikeluarkan oleh Wani kelihatan meragukan dan agak bercanggah dengan kejadian sebenar. Sementara itu, Datuk Aliff mengakui biarlah tindakan selepas ini menjadi rahsia antara mereka dan biarkan pihak peguam yang menguruskannya.

Sumber: Utusan Malaysia, Datuk Seri Aliff Syukri

SKIP THIS AD ×