Baru-baru ini, pelawak Jep mendedahkan faktor yang menyebabkan Sepahtu tidak lagi bersama kerana setiap ahli kumpulan sudah membawa haluan masing-masing.
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Jep Dedah Dah Pujuk Ahli Sepahtu, Terpaksa Akur Dengan Keputusan Bawa Diri – ‘Saya Tak Ada Daya Itu’
Tolong buka rezeki
Bagaimanapun, menurut Shuib, dia tidak pernah mengumumkan sudah keluar daripada kumpulan Sepahtu. Kata penyampai radio berusia 38 tahun ini, Sepahtu telah memberi rezeki dan membawa tuah kepada dirinya sepanjang berada dalam industri seni.
Seingat saya, tidak ada sekalipun saya cakap sudah keluar kumpulan itu. Apatah lagi, Sepahtu yang membuka rezeki buat saya dalam industri.
Jika orang masih panggil saya sebagai Shuib Sepahtu, saya tidak kisah. Saya faham apabila terlalu lama dalam kumpulan, memang nama itu akan melekat dan bawa tuah kepada saya.
Shuib berkata demikian ketika sidang media rancangan komedi UBI Superstar Live, pada Selasa.
Kawan macam biasa
Dalam pada itu, pemilik nama Shahmira Muhammad menafikan dirinya merajuk dengan Sepahtu. Jelasnya, hubungan persahabatan mereka masih baik cuma kekangan masa menyebabkan dia terpaksa menolak.
Tiada istilah merajuk. Saya masih lagi bersahabat dengan anggota Sepahtu. Mereka pun ada bertanya, tetapi saya memang tak dapat buat.
Ada rezeki saya akan sampai ke sana (Sepahtu Reunion). Saya terbabit hampir lima tahun dengan lebih 100 episod. Tak mungkin saya boleh lupakan.