Baru-baru ini, pelawak Jep memberitahu peminat Sepahtu supaya tidak lagi menaruh harapan dan mempersoalkan mengapa kesemua ahli tidak bersatu kembali.
Artikel Berkaitan: Jep Sepahtu Kongsi Cara Minta Izin Kahwin, Terus ‘Gentle’ Jumpa Ayah Sari Yanti – ‘Biar Saya Jaga Dia Lah’
Artikel Berkaitan: Seronok Main Pickupline Dengan Erra Fazira, Jep Sepahtu ‘Menangis’ Sari Yanti Suap Bubur Cili
‘Kecenderungan berbeza jadi kita tak akan selamanya bersama’
Menerusi siaran langsung di TikTok, Jep atau nama sebenarnya Muhd Nazri Zainal Abidin berkata faktor yang menyebabkan mereka tidak lagi bersama kerana setiap ahli kumpulan sudah membawa haluan masing-masing.
Katanya, dia tidak boleh menghalang keputusan yang telah dilakukan.
Masing-masing ada komitmen, ada kecenderungan masing-masing dan keinginan masing-masing.
Tambah penyampai radio ini, dia masih mahu mengekalkan kumpulan Sepahtu kerana ini adalah satu-satunya bidang yang dia mahir.
Kalau lah sorang tak nak buat, takkan lah abang (Jep) tak nak buat, takkan lah saya nak berhenti. Saya tak pandai berniaga.
Saya kena terus jalan, inilah benda yang saya boleh buat dengan bakat dan keizinan yang Allah berikan untuk cari makan.
Jep yang juga popular menerusi sitkom Jenaka Kampung Kalut (JKK), berkata dia sudah sedaya upaya memujuk bekas ahli Sepahtu untuk meneruskan perjalanan sebagai satu kumpulan bersama-sama, namun apakan daya dia hanya boleh menghormati keputusan mereka.
Dalam pada itu, suami kepada Sari Yanti ini berterima kasih kepada semua ahli terutama Ebby Yus kerana masih setia meneruskan program tersebut serta bergabung tenaga.
@ichanurintashah Jeptapan live – Harap sudah sudahlah orang2 yg asyik menanya tentang ahli yg dah keluar. Kesian dan sebak dgr abg jep ceritakan ni ?? #jepsepahtu #jeptapan #fyp #foryou #foryoupage #fyp? #fyppppppppppppppppppppppp #masukberanda #masukberandafyp? #masukberandafyp #masukberandamu #xyzbca #tiktokmalaysia #tiktokmy #tiktoksg #pelawakmalaysia #lawakmalaysia #orangbaikramaisayang #sepahtu
Sumber: TikTok