Foto: India Today
Di Jharkhand, India seorang lelaki dipercayai membunuh bapa kandungnya sendiri menggunakan senjata tajam berikutan berang dengan pembahagian harta pusaka milik keluarganya yang dikatakan tidak adil ketika diagihkan.
Gara-gara harta pusaka
Sekadar gambar hiasan
Memetik laporan India Today, mangsa dikenali sebagai Chunni Yadav berusia 70 tahun telah dikelar di bahagian leher menggunakan senjata tajam dari dapur rumah mereka di daerah Godda.
Menurut sumber, suspek merupakan anak sulung dipercayai kecewa dan marah dengan keputusan bapanya yang dikatakan berat sebelah dengan memberikan harta yang lebih banyak kepada adiknya dan dia (suspek) tidak memperoleh apa-apa.
Mangsa dikatakan hilang kawalan sebelum bertindak sedemikian rupa pada 31 Disember yang lalu.
Semasa suspek disoal siasat, dia menumpahkan kacang yang dimakan dari tangannya sejurus kain dengan kesan lumuran darah ditemui daripadanya sebelum mengaku membunuh bapa dia.
Suspek kemudian ditahan dan dihantar ke penjara untuk proses pendakwaan di mahkamah kelak.
Suspek kecewa
Sekadar gambar hiasan
Mengulas lebih lanjut, suspek dikenali sebagai Subodh menerusi soal siasat yang dijalankan menjelaskan rasa kecewa berikutan sebahagian besar tanah pusaka keluarganya diberikan kepada adiknya dan dia sempat menuntut hak sama rata namun, permintaan tersebut sama sekali tidak dilayan.
Kini, suspek telah pun berjaya ditangkap oleh pihak polis selepas 24 jam kes pembunuhan tersebut dan beberapa individu yang lain turut dipanggil untuk memberi keterangan.
Bagaimanapun, pihak polis sehingga kini masih belum berjaya menemui bukti penting yang boleh menyabitkan suspek sebagai pembunuh bapanya sendiri.
Sumber: India Today