Gara-gara berang ditegur kerana berbuat bising, seorang lelaki berusia 47 tahun tergamak membunuh ibunya sendiri dengan menggunakan kapak.
Artikel Berkaitan: Tak Tahan Layan Ibu Sakit Strok, Anak & Menantu Dipercayai Pukul Warga Emas Sampai Mati
Cedera parah di bahagian leher dan kepala
Gambar sekadar hiasan
Menurut Ketua Polis Daerah Muar Asisten Komisioner Raiz Mukhliz Azman Aziz, mangsa yang berusia 73 tahun itu disahkan maut selepas mengalami kecederaan parah di bahagian kepala serta leher dipercayai dipukul oleh anaknya dengan menggunakan kapak.
Kejadian tersebut dilaporkan berlaku di sebuah rumah di Taman Temiang, Muar, pada malam Ahad.
Mangsa terbunuh di tempat kejadian iaitu di rumah mereka selepas mengalami kecederaan parah di bahagian kepala serta leher.
Kejadian berlaku dipercayai akibat tindakan mangsa menegur anaknya itu kerana membuat bising yang menyebabkannya mengamuk dan memukul kepala mangsa dengan menggunakan senjata tajam.
Suspek yang mempunyai rekod psikiatri lampau ditahan kemudiannya sejurus pihak polis berada di lokasi kejadian.
Dalam pada itu, pihak polis turut merampas sebilah pisau dapur dan kapak yang disyaki digunakan suspek.
Mayat mangsa kemudiannya dibawa ke Hospital Pakar Sultanah Fatimah (HPSF) Muar untuk bedah siasat dan kes akan disiasat disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.
Sumber: Harian Metro